CORETAN LATIHAN
INDUSTRI 2013 JKKN
Assalammualaikum...semua...ini adalah sedikit coretan Latihan Industri aku masa sem 4..huhuu...so bahasa dia akan skema...sebab aku ambil dari laporan aku....so layan je la eh....
1.0 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI
Terdapat beberapa
objektif yang ingin dicapai melalui subjek Latihan Industri CTF 616 ialah :
- Mendedahkan para pelajar kepada alam bekerja sebenar.
- Menambah dan meluaskan pengetahuan dari aspek praktikal dalam melaksanakan tugas mereka.
- Para pelajar dapat mengaplikasikan teori-teori yang telah dipelajari oleh para pelajar secara praktikal.
- Mengetahui dan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai dunia sebenar bidang seni di Malaysia terutamanya dalam bidang Pengurusan Seni dan juga Pengurusan Acara.
- Menanam sifat amanah, bertanggungjawab dan intergriti dalam diri pelajar dalam melaksanakan tugas yang diberi.
- Menanam sifat ingin tahu dalam diri pelajar mengenai perkara baru yang dipelajari.
- Menyuntik semangat dalam diri para pelajar untuk terus menceburkan diri dalam bidang Pengurusan Seni dan juga Pengurusan Acara ini.
Latihan Industri ini
amat penting kepada para siswazah untuk keyakinan diri, meluaskan pergaulan
dalam bidang yang diceburi sama ada secara koprat ataupun tidak, menanam sikap
bekerja dalam berkumpulan dan lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas,
hubungan baik antara pekerja, dan juga mengenalkan diri pelajar sebagai
bench-mark untuk dirinya sendiri kepada syarikat dimana para pelajar menjalani
latihan industri ini. Selain itu, para pelajar dapat menyiapkan satu laporan
rasmi mengenai latihan industri yang telah di lalui dalam tempoh 10 minggu.
2.0 PROSEDUR DAN PROSES LATIHAN INDUSTRI
Prosedur mengenai
latihan industri adalah para pelajar diminta membuat permohon kepada mana-mana
syarikat, jabatan sama ada jabatan kerajaan ataupun swasta, agensi yang
berkaitan mengenai jurusan yang diambil di dalam UiTM ini. Setelah mendapat
tempat yang bersesuaian untuk menjalankan latihan industri ini, para pelajar
diminta menyediakan surat rasmi kepada jabatan tersebut.
Para pelajar mestilah
memberikan surat permohonan ingin menjalani latihan industri yang mempunyai letter head Fakulti
Filem,Teater, dan Animasi UiTM Kampus Puncak Perdana kepada jabatan yang
dikehendaki. Para pelajar diberi tempoh selama tiga bulan untuk menyelesaikan
permohon secara rasmi itu. Setelah pihak syraikat tempat pelajar ingin
menjalani latihan pratikal menerima permohonan tersebut, syarikat tersebut
perlu menghantar semula surat rasmi sebagai tanda persetujuan menerima akan
pelajar terbabit untuk melakukan latihan industri di syarikat mereka.
3.0 PEMILIHAN TEMPAT PRAKTIKAL
Pemilihan tempat
praktikal bagi para pelajar untuk melakukan latihan industri adalah bebas. Para
pelajar boleh membuat pilihan samada untuk membuat latihan industri di syarikat
swasta mahupun kerajaan. Namun, tempat bagi para pelajar untuk membuat latihan
industri mestilah berkaitan dengan bidang pembelajaran para pelajar semasa di
universiti. Hal ini kerana para pelajar dapat menggunakan pelajaran secara
teori di dalam kelas dan dipraktikkan semasa latihan industri dijalankan.
Manakala dari aspek
pembayaran pula, pihak syarikat boleh tidak membuat bayaran kepada para pelajar
yang menjalankan latihan industri ini kerana pihak universiti tidak meletakkan
sebarang syarat yang wajib untuk pihak syarikat yang menerima para pelajar
untuk membuat bayaran kepada pelajar. Bergantung kepada budi bicara pihak
syarikat sekiranya pihak syarikat ingin membuat bayaran kepada pelajar
tersebut.
4.0 LATAR BELAKANG JABATAN
Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) telah ditubuhkan secara rasmi pada 15 Mac
2005 melalui Waran Perjawatan Bil. S/20 bertarikh 22 Mac 2005. Pengwujudan JKKN sebenarnya bermula pada
tahun 1953 lagi di mana pada masa itu ianya merupakan satu bahagian di bawah
Kementerian Kebajikan Masyarakat. Fungsinya adalah menyelaras hal ehwal
kebudayaan bagi mengisi kegiatan belia.
Pada tahun 1957 pula, Bahagian Hal Ehwal Kebudayaan ini diletakkan di
bawah Kementerian Penerangan dan Penyiaran.
Mulai 16 Mei 1964, bahagian
ini telah diletakkan di bawah Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Pada Mei
1987, kerajaan menubuhkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan iaitu hasil
gabungan Bahagian Kebudayaan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan
Pelancongan Malaysia, satu agensi di bawah Kementerian Perdagangan dan
Perindustrian. Kementerian ini ditukar
nama kepada Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan pada 22 Oktober
1990 sejajar dengan kepentingan dan fungsinya kepada masyarakat.
Pembentukan kabinet
baru oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 27 Mac 2004 telah meletakkan
Bahagian Kebudayaan sebagai sebahagian daripada Kementerian Kebudayaan Kesenian
dan Warisan Malaysia. Pada 15 Mac 2005, Bahagian Kebudayaan dan
Kesenian telah dinaik taraf sebagai sebuah Jabatan melalui Waran Penjawatan
Bil. S/20 bertarikh 22 Mac 2005.
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara juga mempunyai
cawangannya di 14 buah negeri di seluruh Negara. Di peringkat negeri ianya di
panggil Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri-Negeri. Peranan JKKN di
Negeri-Negeri adalah melaksanakan program dan aktiviti yang ditetapkan oleh
pihak JKKN Ibu Pejabat. Tiga program utama yang menjadi teras perlaksanaan di
peringkat negeri ialah program pemuliharaan seni budaya, penyemarakkan dan
penggalakkan seni budaya dan program latihan dan bimbingan seni budaya. JKKN
negeri-negeri juga terlibat dalam melaksanakan aktiviti program penyelidikan
dan perantisan serta penyebaran maklumat seni dan budaya.

- Bertanggungjawab kepada Jabatan Kebudayaan Dan
Kesenian Negara, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
Malaysia.
- Mengekalkan dan mengembangkan kebudayaan dan
kesenian di negeri Selangor.
- Memperbanyakkan aktiviti seni dan budaya ke segenap
lapisan masyarakat di negeri Selangor.
- Menyebar luas maklumat seni budaya kepada orang
awam dalam dan luar Negara di
negeri Selangor.
- Menyediakan
kemudahan bantuan serta khidmat nasihat berkaitan dengan seni
budaya kepada pelbagai lapisan masyarakat di negeri Selangor.
- Meningkatkan pembangunan produk seni budaya di
negeri Selangor ke arah pencapaian Gagasan 1Malaysia
VISI
Melahirkan masyarakat Malaysia yang berbudaya berteraskan
gagasan 1 Malaysia.
MISI
- Mempergiatkan usaha mengekalkan dan memulihara seni budaya.
- Mengembangkan kebudayaan dan kesenian melalui usaha
memupuk, membimbing merakyat dan menyemarakkan seni budaya.
- Menggalak dan meluaskan promosi seni budaya.
FUNGSI JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA,
SELANGOR
- Bertanggungjawab kepada Jabatan Kebudayaan Dan
- Kesenian Negara, Kementerian Penerangan, Komunikasi
dan Kebudayaan Malaysia.
- Mengekalkan dan mengembangkan kebudayaan dan
kesenian di negeri Selangor.
- Memperbanyakkan aktiviti seni dan budaya ke segenap
lapisan masyarakat di negeri Selangor.
- Menyebar luas maklumat seni budaya kepada orang
awam dalam dan luar Negara di
negeri Selangor.
- Menyediakan
kemudahan bantuan serta khidmat nasihat berkaitan dengan seni
budaya kepada pelbagai lapisan masyarakat di negeri Selangor.
- Meningkatkan pembangunan produk seni budaya di
negeri Selangor ke arah pencapaian Gagasan 1Malaysia
CARTA ORGANISASI
Carta organisasi ini tidak mencerminkan carta organisasi
terkini.
• En.
Ghazali Bidin ialah Pengarah JKKN Selangor mulai 1 Jun 2012.
• Kini
Jawatan Setiausaha Pejabat N27 adalah
kosong.
• Penambahan
Jawatan Pegawai Kebudayaan B27 iaitu En Fassly Isma
5.0 LATIHAN AMALI
MINGGU 1 ( 22 Hingga 27 Januari 2013 )
Pada minggu pertama adalah minggu
permulaan saya menjalankan latihan amali, yang mana setibanya saya di Jabatan
Kebudayaan Dan Keseniaan Negara ( JKKN ) Selangor , saya telah di sambut oleh
Puan Fatimah, dan ketika itu saya telah di beri Punch Kad untuk bulan Januari. Kegunaan Punch Kad yang di beri
adalah untuk mendidik perkerja agar berdisplin supaya menepati masa dengan
mengikut masa yang telah di tetapkan untuk seorang pekerja memulakan dan
menamatkan masa pekerjaan. Masa saya bekerja disana adalah selama 9 jam, dimana
saya akan masuk bekerja jam 8.30 pagi dan pulang bekerja jam 5.30 petang.
Selesai
sahaja urusan Punch Kad saya bersama
rakan-rakan lain berkumpul di ruang menunggu kerana pada masa itu warga JKKN
Selangor mempunyai mesyuarat yang harus mereka lakasnakan. Selesai sahaja
mesyuarat mereka telah memanggil kami dan kami semua telah masuk ke bilik mesyuarat yang mana di dalam bilik mesyuarat
itu dihadiri oleh semua staf dan pegwai JKKN Selangor yang di ketua oleh
Pengarah JKKN Selangor, Yakni Encki Ghazali Bidin. Ketika itu berlakulah sesi
perkenalan diri atau ta’aruf bersama pihak JKKN Selangor. Tujuan sesi
perkenalan diri ini adalah untuk untuk kita mengetahui jawatan yang disandang
oleh setiap staf dan pegawai JKKN yang ada dan pihak mereka juga sewajarnya
mengetahu nama nama pelajar yang praktikal di tempat mereka. Kemudiannya kami
di beri taklimat serba ringkas mengenai JKKN Selangor, dalam sesi taklimat itu juga kami turut di berikan nasihat dan
kata-kata semangat agar kami tabah dab seronok berkerja di JKKN Selangor. Dalam
taklimat itu juga kami diberitahu peranan JKKN selangor. Berikut adalah sedikit
serba ringkas mengenai peranan dan ringkasan peranan JKKN Selangr;
1. Merancang, Melaksana Dan Menyelaras Aktiviti Seni,
Budaya Dan Warisan.
2. Memelihara Dan
Memulihara Warisan Negara.
3. Menyemarak Dan Mengukuhkan Seni Budaya.
4. Meningkatkan
Kefahaman Dan Penyertaan Rakyat.
5. Menjalankan
Penyelidikan Dan Pembangunan Dalam Seni, Budaya Dan Warisan.
6. Menyebarkan
Maklumat, Bahan Dan Informasi Budaya.
7. Memberi
Bimbingan Khidmat Nasihat.
8. Mewujudkan Jaringan Dua Hala Dengan Pertubuhan
Kebudayaan.
Selesai
sahaja sesi taklimat dan perkenalan diri saya bersama rakan-rakan lain telah di
bawa melawat sekitar pejabat JKKN Selangor untuk melihat dan mengenali bilik
staf dan pegawai JKKN yang ada di jabatan tersebut, setiap bilik yang kami
melawat, kami di beri taklimat atau peneranag informasi secara ringkas oleh Cik
Marlini. Apabila lawatan disetiap bilik
yang berada i JKKN Selesai, tindakna seterusnya adalah, sepanjang minggu
pertama di JKKN Selangor ini tugasan yang telah saya lakukan ialah mengemas
seluruh pejabat JKKN Selangor, yang mana sangat kebetulan ketika kami
melaporkan diri untuk membuat kerja praktikal ketika iti pihak JKKN selangor
sedang mengemas pejabat mereka, maka kamilah yang diarahkan untuk membantu
mereka. Pengemasan yang dilakukan adalah berdasarkan amalan 5S. Seperti yang di
ketahui Konsep Amalan 5S mula diperkenal kepada syarikat-syarikat di negara
Jepun pada awal tahun 1980an. Amalan 5S ialah kaedah atau alat pengurusan yang
boleh mewujudkan persekitaran di tempat kerja berkualiti yang selesa, kemas dan
selamat di dalam organisasi dan menentukan kepatuhan kepada piawaian serta
dapat memupuk usaha penambahbaikan yang berterusan. Di Malaysia, konsep Amalan
5S mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1980an dan telah dipraktikkan
dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional. Kini banyak
agensi-agensi Perkhidmatan Awam mengamalkan Amalan 5S malah ada di kalangannya
telah mendapat pengiktirafan menerusi persijilan daripada Perbadanan
Produktiviti Malaysia (MPC). Amalan 5S
merupakan alat pengurusan persekitaran berkualiti yang dipelopori oleh Jepun dengan
penumpuan kepada lima (5) langkah tindakan pelaksanaan yang bermula dengan
huruf awalan ‛S‟ yang bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang
bersistematik. Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan
Jepun yang diringkaskan menjadi 5S. Dalam Bahasa Melayu memberi maksud Sisih,
Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.Ia merupakan teknik yang paling berkesan
bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai
“Kaizen” dalam Bahasa Jepun. Kaizen adalah cara pembaikan dilakukan secara
sedikit demi sedikit tetapi berterusan terutama dalam aktiviti yang
berorientasikan manusia dan proses. Bagi menjayakannya, penyertaan dan komitmen
yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat anggota dalam organisasi.
Berdasarkan
konsep 5S yang dinyatakan tadi maka tugasan yang diberikan pada saya ialah,
saya mengemas koleksi VCD dan membuat kiraan semula bagi tujuan untuk di
rekodkan, tujuan perekodan dibuat adalah untuk dimasukkan di dalam laporan
audit, semasa mengemas Koleksi VCD saya membuat pengasingan VCD kemudiannya
menyusunya mengikut kategori agar ia mudah dilihat dan mudah di kira pada masa
yang akan datang. Tugasan saya juga turut mengemas dibahagian ruang belakang
pejabat JKKN dengan mengasingkan material kertas dan sampah, kertas yang
diasingkan adalah untuk bertujuan untuk di kitar semula. Selain daripada itu
saya juga membuat pekerjaan pembersihan dan susun atur di bilik dokumentasi
atau perpustakaan mini dengan mengasingkan barang yang perlu disimpan dan perlu
di buang agar suasan didalam bilik dokumentasi itu tidak serabut dan ia
kelihatan tersusun rapi. Saya juga turut membantu beberapa pegawai di pejabat
membuat salinan dokumen yang diminta dan setiap salinan dokumen itu di serahkan
setiap staf yang ada di pejabat JKKN Selangor. Saya juga melakukan proses
pemindahan barangan yakni saya memindahkan segala koleksi VCD dan koleksi buku yang telah di hitung dari bilik
Puan Zetty ke bilik dokumentasi untuk tujuan rujukan dan menjadi bahan jualan
bagi setiap program yang bakal di jalankan.
Dalam minggu pertama ini, pada 24 Januari 2013 merupakan
cuti umum sempena sambutan maulidur rasul.
MINGGU 2 ( 28 Januari Hingga 3 Februari 2013 )
Sepanjang
minggu kedua ini saya mengemas pejabat JKKN Selangor dengan menyambung semula
membuat pengemasan dan pembersihan seluruh pejabat JKKN Selangor, tugasan yang
dibuat adalah dengan mengumpul segala barang yang tidak terpakai kemudiannya,
di letakkan mengikut kategori sampah agar ia mudah untuk di angkat di bawah dan
kerja di lihat seperti bersistematik, barangan sampah yang telah terkumpul di
angkat dengan menggunakan troli dan dibwa turun dari tingkat 27 dengan
menggunakan lif, setiba sahaja di tingkat bawah sampah-sampah ini di masukan ke
dalam Van JKKN yang diselia oleh En Suhaimi untuk di buang ke tempat
pengumpulan sampah bagi tujuan perlupusan sampah.
Saya
juga mengumpul segala aset JKKN Selangor yang ada untuk di rekodkan dan
kemudiannya segala aset yang tidak boleh di gunakan akan dilupuskan secara
berperingkat, begitu juga dengan dokumen-dokumen sulit yang telah luput. Pada
masa yang sama saya membantu Penolong Pengarah, Encik Sharil membayar bil di
Celcom Centre dan Bank In duit di CIMB
bank sebanyak RM 300.00, kemudiannnya saya bersama Encik Adzli ke
Pejabat Utama JKKN di Kuala Lumpur bagi tujuan membantu beliau untuk menghantar
surat dan mengambil barang iaitu diari
untuk staf JKKN Selangor. Dalam minggu itu juga saya mengemas sebuah bilik kecil dengan menyapu sampah dan membersihkan
segala habuk yang ada mengggunakan vacum untuk membersihkan segala kotoran debu
agar bilik kecil lebih kondisif dan bersih, setelah bilik itu di bersihkan,
bilik itu di masukan pula 3 almari besi yang mempunyai kunci khas yang sangat
menekan faktor keselamatan, bilik kecil itu dijadikan bilik khas untuk
menyimpan segala keperluan pejabat dan program yang sangat tinggi nilainya
iaitu walkie talkie , kamera DSR , kamera digital, mesin pencetak ( Printer ) ,
Komputer riba, Mesin liminit dan mesin penebuk lubang.
Kemudiannya
saya membantu Pembantu PBSB mengemas bilik PBSB dengan menyusun semua
barang-barang di bilik PBSB seperti kasut, kompang, pakaian tradisional
malaysia yang melingkupi semua kaum yang ada di negara ini, songkok, kain
sarong, sampin dan aksesori wanita. Kesemua ini disusun mengikut kategori dan
disimpan secara tersusun dan rapi, sebelum menyusunnya barang -barang ini
dikira untuk di rekodkan bagi tujuan untuk diauditkan. Saya juga membantu Cik
Marlini mengambil surat di kotak surat JKKN dan kemudiannya membantu cik
marlini membuat salinan dokumen dan kemudiannya di edarkan kepada semua kaki
tangan JKKN Selangor.
Pada
minggu kedua, di hujung minggu iaitu pada tarikh 3 Februari 2013 akan
berlangsung sebuah program yang akan di uruskan olej JKKN Pusat dan di bantu
oleh JKKN Selangor, iaitu Program My Beautiful Malaysia. Program ini akan
berlangsung di Taman Medan, Puchong Selangor Darul Ehsan, oleh demikian saya
bersama-sama rakan yang lain telah di beri mandat untuk membantu mereka pada
program tersebut. Sebelum program di jalankan, Saya bersama rakan-rakan lain
membantu pihak JKKN Selangor membuat persiapan dari segi keperluan yang perlu
di bawa ke tapak program antara keperluanya ialah walkie talkie, mesin
pencetak, komputer riba, wayar penyambung, masking tape, gaffer, alat tulis,
tong air dan sebagainya, kemudiannya saya mencetak lirik lagu IM4U sebanya 250
helai dan di potong 4 untuk di jadikan 1000 helai lirik lagu.
Program
My Beautiful Malaysia merupakan satu program sukarelawan, melibatkan aktiviti
gotong-royong yang dijalankan di seluruh negara secara serentak pada hari ini,
dengan penyertaan lebih sejuta rakyat. Sasarannya adalah golongan belia,
melibatkan 100 lokasi di seluruh negara .program itu bertujuan mencetuskan
semangat sukarelawan dalam kalangan belia di negara ini selaras dengan
pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bahawa 2013
adalah Tahun Sukarelawan Negara. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
pada hari tersebut telah meluangkan masa memeriahkan beberapa aktiviti sempena
pelancaran My Beautiful Malaysia bersama penduduk di Kampung Taman Medan di
Petaling Jaya. Ketibaan Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor pada pukul 9
pagi di Padang Taman Medan Cahaya disambut Menteri Pertanian dan Industri Asas
Tani Datuk Seri Noh Omar, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai serta
Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa serta penduduk setempat.
Datuk
Seri Najib Tun Razak turut bersarapan bersama pemimpin Umno dan Barisan
Nasional Selangor sebelum menyusun bata di Surau At-Taufiqiyyah bagi projek
pembinaan bangunan tambahan surau itu. Perdana Menteri turut menyertai acara
gotong royong mengecat bangunan Sekolah Menengah Taman Medan bersama warga
tempatan Kampung Medan selain menanam pokok buah-buahan di kawasan tapak acara
bersama sukarelawan My Beautiful Malaysia. Dalam acara berasingan, Rosmah
melawat Tadika Kemas Mutiara di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan serta
menyertai aktiviti bersama kanak-kanak pintar, aktiviti menyusun puzzle dan
mewarna dan aktiviti kraftangan orang dewasa.
Panggilan masa pada pagi itu adalahah jam 6.30 pagi ini
adalah tujuan untuk persediaan lebih awal kerana majlis akan bermula jam 9.00
pagi. Pada hari itu saya menjalankan tugasan sebagai urusetia bagi pelancaran
My Beautiful Malaysia, saya ,menjalankan tugas sebagai tugas-tugas khas (
runner ). Tugasan pertama yang saya lakukan disana ialah saya membawa segala
keperluan program dari Van JKKN ke khemah urusetia kemudian saya setup computer
riba dan mesin pencetak untuk kegunaan urusetia. Kemudiannya, saya membantu
Puan Zetty mencari dulang besi yang bersaiz kecil berbentu segi empat untuk
kegunaan majlis pelancaran, akan tetapi malangnya sepanjang pencarian saya,
banyak kedai yang masih belum buka dan dulang itu tidak dapat di cari makanya,
Puan Zetty hanya menggunakan dulang yang ada sahaja.
Sepanjang program itu berjalan, saya turut melaksanakan
tanggungjawab membelikan air mineral dan 100 plus untuk di edarkan kepada
kakitangan urusetia dan penari serta mengedarkan makanan kepada meraka, saya
juga turut membantu menjaga keadaan pentas dengan memastikan keadaan pentas
senantiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat serta tidak di kerumi oleh
orang ramai sebelum kehdairan Perdana Menteri. Sewaktu majlis pelancaran saya
membantu En Fazlan dalam sesi
penyampaian hadiah, iaitu saya menyusun hadiah mengikut ketegori berdasarkan
atur cara dan teks pengacara majlis, agar tidak berlaku kesilpan semasa sesi
penyampaian hadiah. Selepas tamat program saya mengutip segala sampah yang ada
di dalam bilik atau khemah urusetia kemudiannya mengemas segala keperluan
barangan program dan menyemaknya samada ia masih ada atau hilang, setelah
selsesai segala keperluan ini di bawa masuk ke dalam van untuk di bawa pulang
ke pejabat JKKN Selangor, program ini tamat jam 1.00 petang.
MINGGU 3 ( 4 Hingga 10 Februari 2013 )
Pada minggu ini saya telah di amanahkan oleh Encik
Ghazali Bidin iaitu Pengarah JKKN Selangor untuk mengetuai pelajar praktikal ke
Majlis Pelancaran Kompleks JKKN Negeri Sembilan, saya dan rakan-rakan berkumpul
di belakang Wisma MBSA jam 7.45 pagi dan tepat 8.15 pagi kami bertolak ke
Negeri Sembilan. Setibanya di Kompleks JKKN Negeri Sembilan, kami masuk ke
auditorium untuk menyaksikan Majlis Pelancaran Kompleks JKKN Negeri Sembilan
yang di sempurnakan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, YAB
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim. Sedikit informasi mengenai kompleks ini ialah
kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sembilan yang
terletak di Jalan Sungai Ujong Reka bentuk kompleks itu yang mempunyai dua blok
bangunan diilhamkan daripada konsep dan ciri-ciri rumah tradisional Minangkabau
yang mempunyai banyak bucu di setiap hujung bumbung. Antara kemudahan yang
terdapat di situ ialah auditorium, studio tari, teater, studio muzik, bilik
rakaman, dewan seminar dan gelanggang. Pengarah JKKN Negeri, Mohamad Adnan
Hamzah berkata kompleks tersebut berperanan sebagai pusat dan prasarana seni
budaya dalam memberi peluang kepada aktivis dan penggiat budaya menyemarakkan
aktiviti mereka.
Pada minggu ini kerja yang saya lakukan ialah saya
membantu Encik Suhaimi membantu mengangkat segala barang program My Beautiful
Malaysia dari Van JKKN dan di bawa masuk ke dalam pejabat, kemudianya saya
membuat kiraan untuk memastikan segala keperluan yang di isi adalah mengcukupi
setelah saya memdapati ia mengcukupi makanya kesemua keperluan ini saya
meletakannya pada tempat asal. Saya juga turut membantu En Raffie membuat
rekaan baju korporat JKKN Selangor, saya mengambil masa selama 3 hari untuk
menyiapkannya setelah selesai saya menyerahkan rekaan baju itu kepada En Raffie
untuk di bwa ke dalam mesyuarat jawatankuasa. Pelbagai gerak kerja yang
dilakukan pada minggu ini, gerak kerja yang seterusnya ialah saya bersama
rakan-raka yang lain menyambung mengemas
bilik PBSB seperti yang kami lakukan sebelum ini, menyusun semua barang-barang
di bilik PBSB seperti kasut, kompang, pakaian tradisional malaysia yang
melingkupi semua kaum yang ada di negara ini, songkok, kain sarong, sampin dan
aksesori wanita. Kesemua ini disusun mengikut kategori dan disimpan secara
tersusun dan rapi, sebelum menyusunnya barang-barang ini dikira untuk di
rekodkan bagi tujuan untuk diauditkan, kami menyiapkan segala gerak kerja
dengan pantas agar segala kerja itu dapat disiapkan dalam minggu ini juga.
Saya
juga turut bersama dengan Encik Adzli untuk ke Putrajaya dan Pejabat Pusat JKKN
bagi tujuan menghantar surat dan sepanjang perjalanan Encik Adzli banyak
berkongsi informasi mengenai JKKN Selangor dan negara. Pada minggu ini juga
kami turut melakukan pemunggahan barangan almari, yang mana almari-alamari yang
terdapat di JKKN Selangor akan di hantar ke Majlis Kesenian Negara ( MKN ) bagi
tujuan pelupusan. Setiap barang yang terdapat di dalam almari kami keluarkan
dan di letakkan pada suatu tempat untuk di letakkan di tempat lain. Selepas
semua barang telah dikeluarkan apa yang
saya lakukan disini ialah saya meletakan pita pelekat pada pintu almari
agar pintu almari itu tidak terbuka sewaktu mengangkat almari itu dengan menggunakan
troli. Untuk membawa troli tersebut ke MKN, kami memerlukan sebuah van, maka
saya bersama sahabat saya ke MKN untuk mengambil van. Makanya setiap almari di
pindahkan dari JKKN ke MKN dengan mengunakan van, saya bukan hanya memindahkan
van malah membawa sofa yang tidak digunakan ke MKN bagi tujuan pelupusan,
segala kerja ini selesai dalam minggu ini.
Dalam
minggu ini juga berlangsungnya Program Merakyatkan Seni Dan Budaya (PMS).
Sebagai informasi, Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) merupakan program di
bawah seliaan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dan
dilaksanakan sebaik sahaja Jemaah Menteri memutuskannya pada 26 Januari
2005. PMS diadakan atas tujuan untuk mendekatkan masyarakat umum, khususnya
masyarakat luar bandar dengan kegiatan seni budaya. Di samping untuk meningkatkan semarak seni,
PMS juga begitu signifikan dalam memupuk
nilai-nilai murni dan semangat kerjasama di kalangan masyarakat. Idea dalam
merancana program PMS datang dari YB.
Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim selaku Menteri Penerangan Komunikasi dan
Kebudayaan Malaysia. Kekuatan untuk
merealisasikan program murni ini
didasari atas fakta untuk memulihara dan mengekalkan warisan seni budaya
negara, di samping memupuk semangat kerjasama ke arah meningkatkan toleransi,
keharmonian dan perpaduan selaras dengan pengukuhkan jatidiri bangsa Malaysia.
Penganjuran PMS juga merupakan strategi jangka panjang Kementerian untuk
memupuk pembangunan industri kreatif dalam pelbagai bidang seni budaya negara
melalui ransangan penglibatan maysarakat luar bandar. Kejayaan beberapa penganjuran PMS menyebabkan
Kementerian bercadang menyebarluaskan program
ini di 222 kawasan Parlimen.
Program
Merakyatkan Seni Kali ini ia bertemakan PIlihan Raya Ke 13, ia adalah bertujuan
untuk meraih undi masyarakat di parlimen hulu Langat, di DUN Dusun Tua,
bersesuaian dengan tajuk programnya iaitu
Program Merakyatkan Seni dan Budaya (PMS ) Sentuhan Rakyat Parlimen Hulu
Langat, program ini diadakan pada 8hb dan 9hb
februari 2013 beretempat di
kampung baru cina, pekan batu 14, hulu langat, selangor. Pengisian program ini
ialah kunjungan mesra pemimpin, yang mana Kunjungan mesra pemimpin berlangsung
tidak lebih 400 buah penduduk di sekitar Kg Baru Cina, Pekan Batu 14, Hulu
Langat.Dalam kunjungan mesra itu, dilaksanakn pula penyampaian sumbangan ,YB.
Tuan Ismail bin Sani ADUN Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor. Menyampaikan
sumbangan berbentuk hadiah sempena Tahun Baru Cina 2013 seperti limau dan kuih
manisan tradisional kaum Cina, Wang tunai (angpau) berjumlah RM10.00 turut
diberikan kepada semua penduduk di rumah-rumah yang dikunjungi. Program ini
disempurnakan oleh YB. Tuan Ismail bin Sani ADUN Dusun Tua, Hulu Langat,
Selangor.
Dalam persiapan program, pada 7 Februrai 2013, saya bersama
beberapa rakan lain dan Pegawai JKKN iaitu Encik Raffi telah pergi ke Kampung
Baru Cina, Pekan Batu 14, Hulu Langat, Selangor, bergerak lebih awal adalah
bertujuan untuk persediaan lebihj awal dan membuat segala persiapan di sana
agar program yang di jalankan pada esok harinya berjalan dengan lancar.
Setibanya kami ke kampung tersebut, kami telah bertandang ke pejabat ADUN Dusun
Tua, untuk bertemu dengan YB Tuan Ismail B Sani untuk memperkenalkan diri dan
berbincang dengan beliau mengenali perjalanan program, selesai sahaja
perbincangan kami terus kediaman kami yang telah disewa khas. Dalam masa yang
sama kami singgah ke Pekan Dusun Tuan untuk mencari keperluan program.
Pada waktu malam sebelum program saya menjalankan tugas
dengan memasukkan kuih bulan dan dua biji limau mandarin ke dalam gudis bag
untuk diedarkan kepada rumah yang bakal dikunjungi, sebanyak 300 buah gudis bag
disediakan, sewaktu memasuk kan buah limau mandarin ke dalam beg kertas yang
disediakan, saya memastikan buah limau itu masih baik dan boleh di makan,
kerana sekiranya teredar yang kurang baik ia boleh menimbulkan fitnah dan
umpatan orang makanya setiap pemberian yang di berikan itu semestinya
berkualiti agar objektif program ini tercapai. Program ini berlangsung pada 7
dan 8 Februari 2013. Pada 7 Februari 2013, bersamaan hari jumaat, tepat jam
7.30 pagi kami telah berkumpul di pejabat ADUN Dusun akan tetapi ketika itu
hujan turun dengan lebat dan tanpa henti membuatkan program yang sepatutnya
bermula jam 8.00 pagi telah di tunda sehingga jam 3.00 petang. Pada petang itu
YB Dusun Tua mulakan perjalanan ke seluruh kampung akan tetapi pada hari itu
hanya mampu berjalan sebanyak 100 biji rumah sahaja dan hanya 100 buah gudis
bag sahaja yang dapat di keluarkan dan disambung pula keesokan harinya.
Secara keseluruhanya untuk program ini, ia telah berjaya
dilaksanakan melalui kerjasama erat dan kesefahaman jabatan bersama ADUN Dusun Tua, YB Tuan Ismail bin Sani
dengan sokongan penduduk sekitar. YB Tuan Ismail bin Sani, bersama-sama Encik Ghazali
bin Bidin, Pengarah JKKN Selangor dan Ketua-Ketua Masyarakat Tempatan serta
pegawai JKKN Selangor telah mengunjungi tidak lebih 400 buah rumah penduduk
kaum Cina di Kg Baru Cina Pekan Batu 14, Hulu Langat bagi menyampaikan
sumbangan hadiah Tahun Baru Cina dan wang tunai (angpau). Program yang fokus
kepada golongan sasar seumpama ini didapati amat berkesan dalam usaha mendekati
rakyat terutamanya kaum Cina dan India. Dalam masa yang sama, ketika program
berlangsung, pemimpin dapat berinteraksi terus, dapat menyelami masalah rakyat
dan berpeluang untuk melapangkan masa khas bersam rakyat walaupun seketika di
setiap rumah penduduk.
MINGGU 4 ( 11 Hingga 17
Februari 2013 )
Pada 9 hingga 12 Februari 2013 merupakan cuti umum
sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2013. Pada minggu ini kerja yang saya lakukan
ialah Membantu Encik Raffi membuat penyelarasan bajet program PMS yang telah
berlangsung minggu lepas bagi tujuan menghantar laporan perbelanjaan program
kepada JKKN Pusat.
Dalam minggu itu juga saya menyambung membawa dan
menghantar saki baki almari yang ada ke MKN bagi tujuan pelupusan dan akhirnya
siap sepenuhnya pelupusan almari. Minggu ini akan berlangsungnya Majlis Rumah
Terbuka Malaysia ( MRTM ) Sempena Tahun Baru Cina 2013. Oleh demikian pihak
JKKN Selangor terlibat sebagai urusetia persembahan, makanya kami di beri
tugasan untuk menyediakan keperluan programn yang perlu di bawa antara
keperluan yang kami sediakan ialah Walkie Talkie,komouter riba, wayar
penyambung, mesin pencetak dan alat tulis kesemua ini akan digunakan sewaktu
rehearsal dan sewaktu acara itu berlangsung. Segala barang yang telah
disediakan di masukkan ke dalam van untuk melancar pergerakan pada esok
harinya. Rehearsl berlaku pada 14 hingg 15 februari 2013.
Tujuan utama kementerian menganjurkan majlis itu adalah
untuk membolehkan seluruh rakyat negara ini bersama-sama merasakan kemeriahan
dan kegembiraan menyambut Tahun Baharu Cina bersama kaum Cina di seluruh
negara. Amalan Rumah Terbuka yang diwujudkan memberi banyak kepentingan terutamanya
dalam mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan anggota masyarakat di negara
kita. Perpaduan yang terjalin sekaligus dapat memudahkan pencapaian matlamat
atau misi dan visi negara dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara
Bangsa. Selain itu amalan rumah terbuka memberi makna besar kepada anggota
masyarakat mengenai erti perpaduan yang harus wujud untuk megelak sebarang
prejudis terhadap keharmonian kaum. Ia juga dilihat sebagai salah satu
pertemuan yang melupakan pertentangan pendapat, perbezaan idealogi, perbezaan
konsep politik mahupun berlainan parti politik sama ada pembangkang atau
kerajaan. Itulah uniknya amalan rumah terbuka yang memberi kebebasan kepada
kita untuk berkunjung ke rumah tanpa sebarang halangan dan kekangan yang perlu
dibimbangi
Sepanjang hari rehearsal, gerak kerja yang saya lakukan
ialah melihat kawasan dan tempat untuk dijadikan bilik gerakan urusetia, saya
membuat pembersihan bilik gerakkan urusetia dengan membuang segala sampah yang
ada dan kemudiannya saya meletakkan kerusi dan kemeja diikuti pula dengan
memasang segala kelengkapan computer serta menyediakan tenaga elektrik dengan
memohon bantuan pihak teknikal, selesai sahaja urusan itu, saya menjalankan
tugasan lain. Saya juga membuat tugasan pengagihan makanan kepada penari dan
semua pihak urusetia JKKN yang terlibat. Sepanjang hari rehearsal tugsan lain
yang saya lakukan adalah membantu belakang pentas membuat persediaan pemberian
hadiah dan menyediakan microfon untuk artis yang membuat persembahan. Saya juga
bertugas sebagai stand of Production Manager , dimana saya menjadi mock up
perdana menteri Malaysia bagi melancarkan lagi rehearsal Majlis Rumah Terbuka
Malaysia. Saya juga menjadi runner mengambil makanan di Banting dan turut
mencari ubat-ubatan untuk di berikan kepada urusetia yang mengalami masalah
kesihatan.
Sewaktu hari kejadian iaitu pada 16 februari 2013,
tugasan yang saya lakukan ialah meneydiakan makanan untuk pihak urusetia dan
penari. Saya menyusun makanna megikut kategori agar mudah membuat agihan
makanan. Dalam masa yang sama sewaktu acara berlangsung gerak kerja yang saya
lakukan ialah membantu di belakang pentas seawaktu majlis pelancaran bermula,
saya membantu menguruskan pemberian
hadiah agar pengagihan hadiah ini berjalan dengan lancar dan jayanya. sehingga selesai majlis, saya bersama
rakan-rakan mengemas dan membersihkan khemas urusetia dan kemudiannya membuat
bumb out dengan mengeluarkan segala peralatan logistic dan teknikal.
Selesai sahaja MRTM Sambutan Tahun Baru Cina ini apa yang
dapat saya perkatakan adalah amalan rumah terbuka memdedahkan semua kaum kepada
kepelbagaian budaya masyarakat di Malaysia. Bukan sahaja dapat mempelajari
budaya dan adat resam kaum lain, dan mengeratkan hubungan silaturahim, amalan
ini juga membolehkan setiap kaum mengenali juadah kaum-kaum lain, memahami di
antara satu sama lain selain didedahkan kepada adat resam dan pantang larang
rakan-rakan mereka sendiri. Secara tidak langsung semangat toleransi akan
tersemai dalam kalangan generasi sekarang. Sikap toleransi ini sangat penting
dalam mewujudkan sebuah negara yang utuh disamping mencapai matlamat menjadikan
negara Malaysia sebuah negara bangsa.
Simboliknya Rumah Terbuka ialah medan pertemuan yang
paling sesuai untuk memperkukuh hubungan kekeluargaan dan silaturahim termasuk
jiran tetangga selain sebagai jambatan memgeratkan tali persaudaraan dan
menjamin ikatan perpaduan antara kaum ke arah hubungan yang lebih kukuh,
dinamik dan harmoni. Fenomena seperti ini amat dititikberatkan agar sistem
kekeluargaan akan sentiasa wujud dengan kukuh dan padu, bukannya semakin layu
dan pudar malah tanpa konsep rumah terbuka hubungan silaturahim dan perpaduan
akan terhakis sedikit demi sedikit dan seterusnya akan hilang kepada generasi
akan datang. Pertemuan masyarakat berbilang kaum, berbagai keturunan termasuk
pelancong asing dapat dilihat terutamanya pada masa majlis terbuka kebangsaan
yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia, kerajaan negeri atau Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.
MINGGU 5 ( 18 Hingga 24 Februari 2013 )
Pada
minggu-minggu sebelumnya terlalu banyak perkara yang telah di buat, beberapa
hari lepas telah berlangsungnya Majlis Rumah Terbuka Malaysia sempena sambutan
tahun baru cina. Sepanjang hari bekerja dalam
minggu ini saya hanya melakuakn kerja di dalam pejabat sahaja. Gerak
kerja yang saya lakukan pada minggu ini ialah saya membantu En Raffi menyiapkan
laporan PMS, kemudiannya saya juga turut membuat pengemaskinian inventori dan
dokumen-dokumen. Saya juga turut membantu pegawai-pegawi membuat salinan
dokumen untuk diedarkan dan di jadikan bahan rujukan bagi staf tersebut. Saya
juga turut berada di bilik Pembantu Peribadi ia adalah bertujuan untuk menjawab
sebarang panngilan yang di buat. Pada minggu itu juga saya turut menemani Encik
Adzli ke Subang Jaya untuk mengambil
invois di Hotel Sun In.
Menemani
Encik Raffi ke Mesyuarat Program Jiran Setempat di Jabatan Penerangan Negeri
Selangor, akan tetapi setibanya kami di sana mesyuarat tersebut di tunda dan
penundaan itu tidak dimaklumkan lebih awal kepada kami, ini telah menununjukkan
kurangnya profesioanlisme dalam susasana pekerjaan di jabatan tersebut. Selain
tugasan-tugasan yang dinyatakan tadi dalam minggu ini juga saya berada di bilik
pembantu PBSB, dimana saya membantu membuat semakan sekolah-sekolah yang pernah
terlibat dengan Program Tunas Budaya pada tahun 2012. Apabila semakan telah di
buat saya membuat pengemaskinian data yang mengfokuskan sekolah-sekolah yang
pernah terlibat dengan program tunas budaya.
Membuat
persiapan dengan mewujudkan segala keperluan program pada 23 Februari 2013,
iaitu program Kenali Jiran Kita. Menyenaraikan jenis-jenis buku dan VCD yang
perlu di bawa untuk di niagakan. Kemudiannya buku yang telah disenaraikan itu
saya meletakkan tanda harga dan menyediakan resit untuk proses penjualan di
tapak program esok. Program Kenali Jiran Kita yang dilancarkan Kementerian
Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di kawasan perumahan di bandar telah
menghidupkan kembali amalan dan tradisi semangat kejiranan. Selain mengeratkan
pemuafakatan pelbagai kaum, program itu juga menyemarakkan kembali semangat
perpaduan, setiakawan, serta gotong-royong. barat pepatah Melayu, 'bulat air
kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat', ia menjelaskan betapa
pentingnya nilai muafakat dalam masyarakat terutama dalam hidup berjiran di
bandar besar seperti Kuala Lumpur. Objektif utama adalah untuk melahirkan
budaya dan amalan hormat-menghormati dan berbudi bahasa dalam kehidupan
berjiran, mengeratkan lagi semangat kejiranan dan secara tidak langsung dapat
mewujudkan semangat bantu-membantu dalam mengurangkan kadar jenayah, mewujudkan
rasa bertanggungjawab dalam menjaga kemudahan awam di kawasan perumahan dan
mendekatkan masyarakat khususnya pengundi kepada program dan aktiviti kerajaan.
Dalam
program kenali jiran kita ini, tugasan yang saya lakukan disini ialah saya
menjual barangan JKKN seperti buku dan VCD yang melibatkan kesenian. Pada hari
kejadian juga saya turut menyediakan minuman untuk urusetia dan juga saya
memasang segala keperluan untuk meniaga seperti meja,kerusi,alas meja dan
banting agar kedai yang di buka agar nampak menarik.
MINGGU 6 ( 25 Februari Hingga 3 Mac 2013 )
Dalam
minggu ini tidak banyak kerjan yang di lakukan. Gerak kerja yang saya laku
dalam minggu ini ialah saya membantu pembantu Program Bimbingan Seni Budaya ( PBSB
) menghubungi sekolah-sekolah yang ingin terlibat dengan program tunas budaya
untuk memohon kepada mereka menghantar borang pendaftaran dengan segera agar
pihak PBSB dapat menyusun jurululatih seni budaya ke setiap sekolah berdasarkan
permohonan mereka.
Sedikit
informasi mengenai Jurulatih Seni Budaya Negara ( JSBN ). Terdapat Jurulatih
Seni Budaya Negara (JSBN) yang ditempatkan oleh JKKN di sekolah-sekolah di
seluruh di negara di mana individu-individu yang masih bersekolah memperoleh
peluang untuk mempelajari dan berlatih teater, tari, muzik dan kompang.
Sekiranya sekolah pelajar tersebut tidak ditempatkan JSBN, pelajar terbabit
boleh mendapatkan maklumat sekolah terdekat yang mempunyai JSBN bagi menyertai
kelab seni dan budaya di sekolah tersebut.
Saya
juga turut menjalankan tugasan di bilik pembantu peribadi yang mana saya
menjawab segala panggilan yang hadir dan melayan tetamu datang, malahan setiap
surat yang dikirimkan melalui faks akan saya catatkan dalam buku kemasukan
surat dan kemudiannya surat itu akan saya serahkan kepda pengarah untuk
tindakan lanjut. Selain daripda itu, saya menemani Encik Adzli ke bank untuk
mengambil wang bagi kegunaan program yang akan datang.
Pada 26
Februari 2013, saya telah di hantar oleh pihak JKKN Selangor ke Auditorium JKKN
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi program Kuliah Budaya Siri 1 yang membawa
isu "Kreativiti dan Kerajinan adalah masa depan". Program ini di selengarakan oleh Bahagian
Penyelidikan dan Pambangunan. Penceramah bagi program ini adalah Ybhg Prof. Dr.
Abu Hassan Hassbullah, Dekan Fakulti Kreatif Warisan, Universiti Malaysia
Kelantan. Sepanjang saya mengahadiri kuliyah itu ia sangat baik dan banyak
memberi pendedahan kepada yang mana sekiranya orang seni itu berjaya dia
seharusnya berfikir luar dari kotak, ini bermaksud kita tidak hanya menumpukan
kepada perkara yang telah sedia ada. Akan tetapi kita sewajarnya berfikiran
kreatif dan rajin untuk mencapai masa depan yang lebih baik. Sekiranya kita
mampu melakasanakan demikian, saya percaya dunia seni di negara ini mampu
menyaingi seni di luar negara.
MINGGU 7 ( 4 Hingga 10 Mac 2013 )
Minggu ketujuh adalah minggu terakhir saya menjalani
latihan amali atau praktikal. Pada
minggu ini kerja yang saya lakukan adalah menyambung kerja membantu pembantu
PBSB iaitu menghubungi sekolah-sekolah yang ingin terlibat dengan program tunas
budaya untuk memohon kepada mereka menghantar borang pendaftaran dengan segera
agar pihak PBSB dapat menyusun jurululatih seni budaya ke setiap sekolah
berdasarkan permohonan mereka. Sedikit informasi Program Bimbingan Seni Budaya
ini ialah Program Bimbingan Seni Budaya ( PBSB ) ini yang bertujuan menyemarakkan kegiatan seni,
turut mengajar kesenian kaum Cina dan India. Dalam program ini ia menggalakkan
kegiatan seni dalam bidang tarian, muzik, teater, permainan tradisional dan
juga lukisan dengan penerapan asas-asas seni berkenaan kepada para
pelajar. Dalam program ini para pelajar
akan mengikuti program ini selama enam
bulan, malahan mereka mendapat tunjuk ajar daripada jurulatih dengan
menggunakan modul yang direka oleh pakar-pakar kebudayaan dan kesenian. Melalui
tenaga pengajar terlatih yang memberi tunjuk ajar 16 jam seminggu ia dapat
mencetuskan penghayatan seni budaya dalam kalangan golongan muda, selain dapat
mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan hingga ke peringkat
antarabangsa.
Selain daripada tugasan
ini, saya juga melakukan tugasan lain iaitu menghantar surat ke JKKN
Pusat bersama dengan Encik Adzli dan kemudiaanya ke Bank untuk mengeluarkan
duit bagi memenuhi keperluan program. Saya turut menjaga bilik pembantu
peribadi untuk membantu Cik Marlini menjawab segala panggilan dan melayan
sebarang tetamu yang hadir. Dalam masa yang sama saya turut membantu
pegawai-pegawai JKKN membuat salinan dokumen dan setiap salinan dokumen itu
saya serahkan kepada pegawai-pegawai JKKN.
Pada
hujung minggu ini, akan berlangsung program Pusat Seni Setempat ( PSS ) di
Tanjung Harapan Klang, makanya semasa di peringkat Pre-Produksi, gerak kerja yang saya lakukan ialah ialah saya
merancang strategi untuk membuat promosi bagi memeriahkan lagi program Pusat
Seni Setempat ( PSS ). Seperti yang diketahui bahawasanya promosi adalah
merupakan nadi penting untuk sesuatu acara, ia bertepatan dengan maksud promosi
itu sendiri iaitu Promosi bermaksud proses, kaedah atau cara, untuk
memberitahu, menyedarkan, memujuk dan mempengaruhi pengguna untuk membeli
sesuatu barangan atau perkhidmatan. Promosi merupakan sejenis bantuan
perniagaan. Promosi dijalankan dalam pelbagai cara bergantung kepada kehendak
pengeluar atau produk yang dikeluarkan. Makanya saya telah merencana kaedah
promosi antaranya ialah dengan mengedarkan flyers di sekitar Tanjung harapan
dan menggunakan sebuah van dengan berbekalkan sebuah healer saya akan
mempromosi secara bergerak dengan menggunakan van dan saya akan memasuki setiap
kawasan yang mempunyai penduduk agar mereka dapat mengetahui acara yang bakal
berlangsung. Selain daripada merencana strategi promosi saya juga turut membuat
lakaran gambaran pentas agar disana nanti saya dapat menghias pentas dengan
sebaiknya agar ia kelihatan menarik dan mudag menawan hati penonton.
Sewaktu hari kejadian iaitu Program Seni Setempat, ialah
saya membawa masuk barang-barang teknikal di Majlis Kebudayaan Negeri ( MKN )
ke dalam lori untuk di bawa ke Tanjung harapan. Setibanya disana saya membantu
memasang teknikal dan juga memasang back drop program di belakang pentas yang
telah di sediakan. Kemudiaanya saya melaksanakan kerja promosi seperti yang
telah di rencana sebelum ini iaitu saya membuat promosi di sekitar Tanjong
Harapan dengan menggunakan van dan healaer saya membuat promosi mengikut masa
yang telah di tetapkan iaitu 3.00 petang, 5.00 petang, 6.00 petang dan 8.00
malam. Selesai sahaja kerja promosi saya membuat kerja yang seterusnya iaitu
mencari peserta bagi pertandingan karaoke dan juga menjual buku dan VCD yang
mengfokuskan kebudayaan. Setelah tamat program saya membuat proses bumb out,
yang mana saya mengemas segala keperluan teknikal dan logistik,seperti P.A
System, khemah, kerusi dan sebagainy, saya juga mengutip segala sampah dan
meletakknaya di suatu tempat untuk di buang ke tempat pelupusan sampah. Tugasan
saya di dalam acara ini adalah sebagai runner.
6.0 PENGALAMAN
Hampir 7
minggu saya menjalankan Latihan Industri di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian
Negara Selangor, Pelbagai ilmu dan
pengalaman yang saya perolehi ketika saya menjalankan latihan industri.
Pengalaman saya yang tidak dapat saya lupakan adalah, saya seorang pelajar
Pengurusan Industri Kreatiff, yang mana di fakulti saya hanya dididik dan di
beri pengajaran mengenai pentadbiran produksi dan menguruskan sesuatau acara
sahaja akan tetapi apabila saya memasuki jabatan ini saya telah di beri pendedahan
mengenai urus tadbir pejabat. Saya di
beri fahaman mengenai susur galur bekerja di sektor awam, antara saya dapat
disini ialah apa yang saya lihat disini semua pegawai atau staf sewajarnya
memahami dan menghayati Visi, Misi, Objektif, Fungsi, Slogan Q, Piagam
Pelanggan Jabatan dan tanggungjawab pegawai terutama kepada mereka yang baru
ditempatkan di jabatan itu.Selain itu setiap jabatan harus menyediakan Sasaran
Kerja Tahunan (SKT) jabatan dan memastikan setiap pegawai mempunyai SKT
masing-masing. Bukan itu sahaja bahkan dalam sektor ini juga kita harus
menggalakkan perhubungan yang sihat di antara pegawai dan menyediakan suasana
bekerja yang harmonis.
Saya
juga di terangkan oleh pegawai JKKN mengenai Rekod Perkhidmatan Pegawaiyang
saya di beritahu bahawa Maklumat pegawai
hendaklah direkodkan dengan menggunakan kemudahan komputer atau di dalam buku
yang disediakan khas untuk tujuan tersebut. Jika maklumat pegawai direkodkan
secara manual, catatannya hendaklah menggunakan dakwat kekal. Kenyataan
Perkhidmatan merupakan dokumen sejarah perkhidmatan seseorang Anggota
Perkhidmatan Awam dari mula ia dilantik sehinggalah kepada peringkat ia
mencapai umur persaraan atau ditamatkan perkhidmatannya. Mengenai pengrekodan
malumat pula,maklumat yang perlu direkodkan hendaklah dicatatkan dengan segera.
Sekiranya catatan dibuat dengan komputer, segala peraturan yang ditetapkan
hendaklah dipatuhi, manakala catatan yang dibuat secara manual oleh pegawai
bertugas hendaklah ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa beserta cop
jabatan. Untuk membolehkan catatan sentiasa terkini, rekod perkhidmatan boleh
disimpan di lokasi pegawai berkhidmat. Sangat menarik dan saya dapat
mempelajarinya sedikit sekurang-kurangnya sekiranya suatu hari nanti saya
bekerja di bahagian pekerjaan awam saya
sudah memahaminya sedikit.
Selain
daripda itu apa yang dapat saya perolehi
di dalam latihan Industri ini ialah saya juga dapat mempelajari bagaimana untuk
menghapuskan dokumen-dokumen sulit dan penting, sebelum ini saya merasakan cara
menghapuskan dokumen sulit ini dengan dibuang begitu sahaja akan tetapi ia
adalah salah dan boleh menganggu gugat keselamatan dan maruah jabatan itu
sendiri, hal ini adalah kerana apabila dokumen penting itu di buang begitu
sahaja dan ia di temui oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ia akan mengambil
kesempatan berdasarkan dokumen tersebut untuk mengugat maruah jabatan dan
sekali gus ialah mendatangkan ugutan kepada jabatan itu demi kepentingan
peribadi pihak tertentu, oleh demikian dokumen yang dulit tidak boleh di
lupuskan begitu sahaja. Apa yang saya faham disini mengenai pelupusan dokumen
adalah semua rekod-rekod terperingkat iaitu rekod-rekod yang telah dikelaskan
di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Pindaan 1986) hendaklah diturun tarafkan
kepada taraf terbuka dahulu sebelum dimusnahkan. Semua dokumen terperingkat
yang telah didaftarkan pada prinsipnya tidak boleh dimusnahkan melainkan jika
ada arahan daripada Kerajaan atau telah diubah taraf keselamatannya terlebih
dahulu dengan kelulusan daripada Ketua Pengarah dan mana-mana draf atau kertas
buang yang tidak diperlukan lagi dan perlu dimusnahkan, pemusnahan tersebut
hendaklah dipersetujui oleh Pengarah dan mereka sendiri atau pegawai yang
diwakilkan hendaklah mengawasi pemusnahan tersebut dan kertas sedemikian
hendaklah dimusnahkan dengan cara mengoyaknya kecil-kecil terlebih dahulu
sebelum dimasukkan ke dalam mesin perincih.
Pengalaman
atau ilmu baru yang saya dapat juga adalah cara penyimpan dokumen dengan betul
iaitu Kaedah menyimpan dokumen terperingkat ialah Semua dokumen di bawah
kategori rahsia besar hendaklah disimpan dalam peti besi yang seelok-eloknya
dipasang dengan kunci tatakira. Walau bagaimanapun jika dokumen tersebut sedang
digunakan ianya boleh disimpan secara sementara di dalam kabinet fail yang
dikunci dan menggunakan palang besi berkunci. Peti besi dan Kabinet besi yang
berkenaan perlu mempunyai dua kunci dan disimpan oleh dua pegawai yang
berasingan. Bagi dokumen rahsia pula, cara penyimpanannya sama dengan dokumen
rahsia besar. Bagi dokumen Sulit dan Terhad pula hendaklah disimpan di dalam
Kabinet Besi atau Almari Besi Berkunci. Semua dokumen terperingkat yang
ditinggalkan untuk jangka waktu yang singkat tanpa ditunggu hendaklah
diletakkan di dalam bilik yang dikunci dan tingkap ditutup dan juga dikunci.
Jika dokumen tersebut ditinggalkan dalam waktu yang lama (melebihi 10 minit)
dokumen tersebut hendaklah disimpan dalam kabinet/almari besi yang dikunci.
Semua kunci bagi almari besi,kabinet,bilik tempat penyimpanan dokumen terperingkat
hendaklah disimpan oleh Pengarah,Timbalan Pengarah atau Pegawai-Pegawai
Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang diberi kuasa oleh Pengarah atau
Timbalan Pengarah. Apabila saya ketahui semua ini saya sangat berasa kagum
kerana begitu hebat sekali rahsia jabatan atau kerajaan ini di pelihara demi
keselamatan negara.
Sepanjang
mejalani latihan industri ini apa yang saya dapat perolehi lagi ialah saya
dapat merasai mejalani tugasn Pembantu Peribadi ( P.A ), seperti yang kita
ketahui lazimnya orang yang memerlukan pembantu peribadi (P.A) ini selalunya
orang yang dikategorikan sebagai orang yang berada di dalam sesebuah organisasi
yang banyak tugasan berkaitan pengurusan dan pentadbiran dan mereka hanya
mempunyai 'sepasang tangan' untuk bekerja. PA ialah orang yang akan 'memberikan
tangan tambahan' kepada mereka untuk mengurus sama kerja-kerja yang ada, dan
skop kerja yang saya fahami mengenai PA adalah PA perlu tahu bidang atau skop
kerja seseorang ketua atau pemimpin mereka dan berbincang dengan pemimpin berkenaan
apakah sub-kerja yang boleh dilakukan oleh seorang PA sebagai contohnya dalam
mendraf surat, ucapan, mengemaskini e-mail, facebook rasmi (bukan peribadi)
sebagai tugas penerangan dan sebagainya. Namun begitu seseorang pemimpin boleh menambahkan tugasnya
jika mahir menguasai kecanggihan teknologi serta boleh menyiapkan kerja-kerja
dengan memanipulasi aplikasi media sosial, e-mail, aplikasi google dan
sebagainya. PA boleh membuat sedikit penyelidikan dan menguruskan pemimpin
mereka berdasarkan aplikasi yang dicadangkan. Akan tetapi saya tidaklah
sepenuhnya melalui sepenuhnya seperti yang di nyatakan ini akan tetapi saya
hanya sekadar duduk di meja PA untuk menjawab sebarang panggilan dari pihak
luar akan tetapi bagi saya walaupun hanya sebuah tugasan yang kecil akan tetapi
ia telah mengajar saya untuk menjawab telefon dengan betul apabila kita
mengangkat bagi pihak jabatan, cara memanggil atau menjawab panggilan telefon
bagi pihak jabatan dan peribadi adalah sangat berbeza. Semasa menjawab atau membuat panggilan mempunyai etikanya
tersendiri, itulah yang saya pelajar, etikanya yang saya pelajari adalah Pastikan
kita tahu tujuan membuat panggilan supaya tidak menyusahkan orang yang
dihubugi. Jika tidak keberatan, catatkan
segala pertanyaan yang mahu diutarakan dan maklumat berkaitan supaya kita tidak
perlu membuat panggilan semula untuk bertanyakan pelbagai soalan lagi. Selain
itu, kita juga perlu pastikan nombor yanga kita dail itu adalah individu yang
perlu kita hubungi. Sewaktu memulakan Perbualan Saat memulakan perbualan,
pastikan semua pertanyaan disuarakan dengan berhemah. Sebaik-baiknya mulakan
pertanyaan dengan gelaran yang baik seperti encik, puan atau Datuk sekiranya
penerima panggilan mempunyai gelaran itu. Pastikan juga, ucapan terima kasih
diucapkan pada akhir panggilan supaya anda tidak dipandang sebagai individu
yang pentingkan diri sendiri. Etika menjawab panggilan yang saya pelajari
sepanjang latihan industri ialah menjawab panggilan dengan kadar segera iaitu
sebelum deringan kedua atau selewat-lewatnya semasa deringan ketiga, kemudian
mengguna nada suara yang sopan, ceria, bercakap dengan jelas dan terang sebaik
sahaja mengangkat ganggang telefon supaya pemanggil rasa dihargai dan selesa
untuk berurusan dengan jabatan. Mulakan dengan ucapan selamat diikuti oleh nama
jabatan.misalnya " Selamat pagi, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Selangor, Boleh saya bantu?" " Sebentar saya akan sambungkan"
atau " Sila tunggu sebentar, saya akan sambungkan panggilan". Diakhir
perbualan tamatkan panggilan dengan ucapan terima kasih. Cara kita berbual di
telefon menandakan keperibadian kita sebenar, pembelajaran yang saya dapat ini
sangat bermakna buat saya.
Pengalaman
dari segi pengurusan acara pula ialah sebelum ini saya hanya berpeluang
menguruskan program peringkat fakulti dan universiti sahaja, akan tetapi
apabila saya menjalani latihan industri ini, saya berpeluang menyertai dan
menguruskan program peringkat kebangsaan, antara acara atau program peringkat
kebangsaan yang saya libatkan diri ialah Program My Beautiful Malaysia dan
Majlis Rumah Terbuka Malaysia sempena sambutan tahun baru cina. Kedua-dua acara
ini di hadiri oleh orang kenamaan iaitu pemimpin yang tidak asing lagi bagi
kita, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, didalam
acara ini saya dapat belajar banyak perkara. Antara yang saya dapapt belajar
dalam acara besar ini adalah, saya dapat mempelajari iailah dari segi protokol
majlis yang melibatkan perdana menteri, kerana protokol adalah suatu perkara
yang penting di dalam acara rasmi, kerana protokol ini melambangkan ketinggian
tetamu VIP yang hadir dan dia memperlihat acara itu lebih gah dan hebat di mata
pengunjung yang hadir.
7.0 PEMASALAHAN DAN PENYELESAIAN
Kenyataan 1
Masalah :
Sewaktu
menjalani latihan Industri di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Selangor,
masalah yang di hadapi oleh saya sewaktu di jabatan itu ialah bilangan pelajar
menjalani latihan industri di jabatan itu terlalu ramai,iaitu sebanyak 13 orang
termasuk dengan saya. Apabila bilangan pelajar yang ramai dan di tempatkan di jabatan itu ia membuatkan antara kami
berebut untuk mendapatkan tugasan bagi memenuhi kehendak latiha industri, dan
pada masa itu, di jabatan itu tidak mempunyai kerja yang khusus dan menyebabkan
semua pelajar yang menjalani latihan amali disitu membuat kerja yang sama dan
ada yang sekadar buat sahaja. Ini merupakan masalah buat saya kerana bagi
pendapat saya pihak JKKN Selangor tidak
sewajarnya mengambik pelajar yang ramai untuk menjalani latihan industri di
situ kerana tempat dan ruang mereka adalah terhad bagi saya, sekiranya mereka
ingin juga mengambil pelajar praktikal,
cukup sekadar hanya 3 hingga 5 orang sahaja. Pengambilan pelajar yang
berlebihan memberi kesan yang mendalam kepada pelajar itu sendiri, iaitu mereka
tidak dapat mempelajari secara mendalam kerana apabila terlalu ramai setiap
orang itu mendapat pembelajaraan secara general saahaja.
Penyelesaian:
Masalah
ini di atasi oleh saya dengan tidak berebut kerja yang di berikan dengan cara
saya pergi mencari kerja atau tugasan lain, dan sepanjang saya berada di jabatan
ini saya lihat lebih baik saya mencari kerja atau tugas sebelum di arah oleh
mana-mana pegawai kerana dengan cara ini saya dapat mempelajari dan terus
bekerja daripada menanti arahan yang di beri dan apabila saya melakukan kerja
yang saya cari dengan cara bertanya kepada setiap pegawai saya dapat
mengurangkan perebutan kerja. Dengan cara ini saya dapat mengurangkan
kontreversi atau persalah fahamana antara saya dan rakan-rakan yang lain,
dengan cara ini saya dapat mewujudkan suasana kerja yang harmonis. Mengenai
pelajar yang ramai pula, seperti yang saya perkatakan tadi pihak JKKN Selangor
sewajarnya mengambil bilangan yang sesuai mengikut ruang dan tempat di jabatan
mereka dan mereka seharusnya faham tujuan latihan industri ini diadakan.
Kenyataan 2
Masalah:
Sepanjang
menjalani latihan industri ini juga, saya turut menggalas tanggungjawab sebagai
seorang pemimpin pelajar, yang mana saya menjalankan tanggungjawab sebagai
Majlis Perwakilan Pelajar UiTM sesi 2012 / 2013. Dalam tempoh saya menjalankan
latihan Industri ini juga pelbagai acara dan program serta permasalahan yang
berkaitan dengan pelajar dan UiTM yang datang kepada saya, ada perkara yang
memerlukan keberadaan saya di UiTM bagi menguruskan dan menangani isu-isu yang
tertentu.
Penyelesaian:
Solusi
yang saya buat disini ialah saya menyusun atur jadual saya dan memastikan ia
tidak menganggu gugat perjalanan latihan industri saya dan apabila ia
memerlukan keberadaan saya, saya mengambil tindakan dengan memberi makluman
lebih awal kepada penyelia saya dan dalam masa yang sama saya menjelaskan
situasi yang saya lalui, tujuan tindakan yang saya lakukan ini dalah untuk
menjaga nama baik UiTM dan fakulti agar mereka tidak bersangka buruk dengan
tindakan yang saya lakukan . Setiap pergerakan saya, saya akan maklumkan kepada
penyelia saya iaitu Encik Azree dan saya akan sertakan dengan buktinya sekali.
Saya bersyukur kerana kesemua pegawai di JKKN Selangor sangat memahami saya dan
untuk membalas jasa baik mereka itu, setiap kerja yang saya lakukan , saya
laksanakanya dengan bersungguh-sungguh.
Kenyataan 3
Masalah :
Pada
mulanya memang ada perebutan tugasan apabila sesuatu tugasan di berikan kepada
kami,kerana bilangan kami terlalu akan tetapi ia tidaklah melarat dengan
teruknya pada ketika itu, akan tetapi apabila berbaki 3 minggu lagi latihan
industri ini hendak tamat dan tugasan atau kerja di jabatan berkurangan makanya
kerja yang sedikit menjadi rebutan pelajar ini untuk memenuhi buku harian
mereka, sehingga membawa ketidak kesefahaman antara mereka dan mewujudkan dua
kumpulan sehinggakan tidak bertegur sapa antara satu sama lain dan mewujudkan
satu situasi yang tidak harmonis antara kami, dan bernasib baik kerana perkara
ini tidak disedari oleh pegwai dan staf JKKN Selangor.
Penyelesaian :
Apabila
berlaku permasalahan seperti ini bagi pendapat saya ia menunjukkan tidak
kematangan antara pelajar-pelajar ini, dan perkara ini membabitkan diri saya
sekali yang tidak mengtahui sebenarnya punca ini berlaku. Tindakan rasional
yang saya buat disini ialah saya bersikap profesional apabila melakukann
sesuatu kerja apabila melibatkan semua pelajar, dan seterusnya bagi meredakan
keadaan yang bagi saya ketika itu semakin panas, saya mengajak dua kumpulan ini
bersemuka dan menceritakan segala masalah dan seterusnya berdamai, saya
bersyukur seblum tamat harian praktikal kami,kesmua pihak telah berbaik semula
dan bagi saya solusi yang sangat sesuai apabila berlakunya konflik seperti ini,
perkara yang harus dilakukan adalah mengalah dan merendahkan hati kita dengan
membuang segala ego di dalam diri untuk kita menyelesaikan masalah ini dengan
baik dan tanpa tercetusnya api kemarahan. Sesungguhnya mencari kesalahan,
mengaibkan orang, mendengar cerita (mengumpat), menunjukkan kekuatan (kuasa),
dengki-mendengki, membenci sesama Islam, bermusuh-musuhan adalah perbuatan yang
dilarang di dalam Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,"Jauhilah
kamu daripada sangkaan kerana ia sedusta-dusta bisikan hati, janganlah kamu
mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, janganlah kamu mendengar-dengar
cerita orang, jangan kamu berlumba-lumba untuk menunjukkan kekuatan di antara
satu sama lain, jangan kamu dengki-mendengki, benci-membenci, bermusuh-musuhan
dan jadilah kamu semua hamba Allah yang bersaudara." (Hadis Riwayat Imam
Malik, Bukhari, Muslim dan Abu Daud). Dalam riwayat lain disebutkan bahawa: "Janganlah
kamu putus silaturahim, jangan kamu bermusuhan, berdengkian dan jadilah kamu
hamba Allah yang bersaudara. Dan tidak halal (haram) seorang Muslim tidak
bertegur sapa saudaranya lebih daripada tiga hari." (Hadis Riwayat
Tirmizi)
8.0 CADANGAN
Saya
selaku pelajar yang menjalani latihan industri, ingin mencadangkan supaya
pelajar-pelajar yang ingin menjalani latihan industri ini agar sentiasa bersedia untuk menjalankan
tugas yang bakal dilakukan dan sentiasa mengamalkan sikap bertanggungjawab. Disamping
itu pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif ( Kepujian ) harus
juga didedahkan dengan kerja-kerja di dalam pengurusan acara samada acara kecil
mahupun acara yang besar, ia adalah bertujuan untuk pelajar memahami teori dan
amali supaya dapat lebih memahami dengan jelas tujuan dan maksud kerja tersebut
yang dilaksanakan. Selain daripada itu pelajar-pelajar juga seharusnya
dibimbing dengan sebaik mungkin oleh penyelia yang bertanggungjawab di mana
pelatih menjalani latihan.
Para pelatih seharusnya didedahkan dengan lebih banyak
pengetahuan tentang kerja yang berkaitan dengan pengurusan acara dan pentadbiran,
di mana perkara ini tidak dapat diperolehi di universiti, kerana diuniversiti
hanya 30% sahaja amali dan selebinya adalah teori. saya juga ingin memberi
saranan kepada pihak Fakulti Filem Teater dan Animasi supaya kaji semula tempoh
Latihan Industri ini agar ia di lanjutkan lagi masanya supaya pelajar-pelajar
ini dapat mencari ilmu dan pengalaman dengan lebih banyak lagi sebagai
persediaan mereka setelah tamat pelajar, sekurang-kurangnya, mungkin apabila
mereka telah lama berada di syarikat yang mereka menjalani latihan industri ,
mereka akan di amabil untuk bekerja selepas tamat pengajian dengan cara ini
dapatlah di kurangkan pengangguran pelajar IPTA.
Selain itu juga, saya ingin mencadangkan
kepada pihak JKKN Selangor sendiri supaya memantau setiap perilaku semua
pegawai dan staf sokongan. Hal ini
kerana etika dan adab-abab pergaulan dari segi berkomunikasi dan sebagainya
agak lemah kerana terdapat beberapa orang staf yang tidak mengambil kisag aspek
ini. Ini akan menggangu suasana kerja
yang harmoni selain member impak yang bersar kepada jabatan mengenai tahap
kualiti kerja dan sebagainya.
KESIMPULAN
7 minggu
bersamaan 49 hari, saya bersama-sama rakan saya menjalankan Latihan Industri di
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Selangor, pelbagai perkara yang telah
saya lalui dan merasainya, pelbagai input yang saya perolehi sepanjang saya
berada di jabatan ini. Pada saya latihan industri ini adalah merupakan salah
satu peluang untuk para pelajar mempelajari sesuatu yang baru dan ianya tidak
terdapat di dalam dewan kuliah semata – mata. Oleh yang sedemikian, latihan
industri ini amatlah penting dan berguna untuk para pelajar bagi memperolehi
pengalaman baru dan ianya juga dapat membentuk sahsiah diri yang baik serta
dapat mendisiplinkan diri seseorang pelajar tersebut mengikut waktu dan
keadaan.
Justeru
itu, segala ilmu dan pengalaman yang telah diperolehi semasa latihan industri
inilah yang akan membantu para pelajar semasa melangkah ke alam pekerjaan yang
sebenar nanti. Dengan adanya latihan industri inilah para pelajar dapat melalui
dan memperolehi pendedahan terhadap situasi alam pekerjaan yang sebenar iaitu
berbeza dengan alam persekitaran sewaktu di dalam dewan kuliah tersebut. Setiap
masa yang dipenuhi semasa latihan industri ini mestilah dimanfaatkan sepenuhnya
dengan sebaik mungkin. Kita haruslah bijak mengatur langkah dan masa yang ada
agar kita tidak kerugian di kemudian hari kelak. Dengan tidak hanya melakukan
kerja – kerja yang sama setiap hari, pelajar juga perlulah bijak mencari sebarang
kerja yang berlainan untuk dilakukan setiap masa. Ini adalah merupakan salah
satu cabaran untuk para pelajar dalam latihan industri. Ini secara langsung
dapat menerbitkan komunikasi di antara pelajar dengan staf - staf di syarikat
tersebut.
Akhir sekali,
saya mengharapkan agar pelajar-pelajar tidak mensia-siakan peluang yang telah
di beri sepanjang atau semasa menjalanu latihan industri, supaya ilmu yang
diperolehi sepanjang latihan dapat di gunakan dan menjadi panduan untuk
menempuh alam pekerjaan serta ia akan menjadi asset yang berguna kepada diri
sendiri.
PANDANGAN KESELURUHAN
Secara
keseluruhannya, latihan industri ini dapat membantu para pelajar berkomunikasi
dengan orang luar secara tidak langsung, ianya juga tidak tertakluk kepada
rakan sekuliah dan juga pensyarah sahaja. Pelajar juga akan terdedah kepada
persekitaran luar semasa menjalani latihan industri, misalnya apabila pelajar
dikehendaki melayan tetamu ataupun pelanggan syarikat. Justeru itu, komunikasi yang dipelajari
semasa latihan industri tersebut amatlah berguna kepada para pelajar apabila
mereka memasuki alam pekerjaan pada masa akan datang.
Selain
itu juga, latihan industri ini dapat membantu pelajar dalam menyelesaikan
sesuatu masalah yang dihadapi semasa menjalankan tugas yang telah diberikan.
Dengan itu, pelajar dapat berfikir dan berkongsi pendapat bersama – sama staf
dalam mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi tersebut. Secara
langsung melalui latihan industri ini juga ianya dapat dijadikan pengalaman baru
dan pengajaran yang berguna kepada para pelajar apabila mereka sudah bekerja
kelak.
Apa yang
boleh saya perkatakan disini ialah latihan industri ini amatlah penting kepada
para pelajar untuk meningkatkan prestasi diri dan menyesuaikan diri dalam apa
jua keadaan. Disamping itu, melalui latihan industri ini juga para pelajar
dapat menimba pengalaman baru dan dapat merasai sendiri suasana alam pekerjaan
yang sebenar. Justeru itu, palajar akan berasa rugi sekiranya tidak menjalani
latihan industri ini dengan sebaik mungkin. Oleh itu, dengan adanya latihan
industri ini sedikit sebanyak dapat memberikan semangat kepada para pelajar
untuk terus belajar dan memperolehi kelulusan yang cemerlang kemudian
seterusnya mendapatkan pekerjaan yang bagus tidak kiralah samada pekerjaan
tersebut di jabatan kerajaan mahu pun di firma swasta.
JKKN bagi elaun tak>
ReplyDeleteBtw boleh bagitau macam mana nak jalankan latihan undustri kat JKKN??
ReplyDelete