1.0 Pengenalan
1.1 Maksud Dasar
Menurut
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, dasar dapat didefinisikan sebagai suatu pertimbangan (cara, sisitem dan lain-lain)
yang pokok, bukan sesuatu, asas, prinsip atau teras. Hal ini bermakna sesebuah
dasar itu dapat didefinisikan sebagai satu pengistiharan (hasrat dan ideology
kerajaan) dibuat dari semasa ke semasa untuk melesaikan atau mendapatkan hasil atau mencapai objektif.
1.2 Maksud Kebudayaan
Kebudayaan
merupakan seluruh cara hidup sesuatu masyarakat atau seluruh aspek pemikiran
dan tingkahlaku manusia yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain
melalui proses pembelajaran. Kebudayaan amat penting bagi individu atau
masyarakat. Cara hidup sesuatu kumpulan manusia atau masyarakat itu tidak dapat
difahami melainkan melalui kebudayaan. Kebudayaan dapat membezakan antara suatu
masyarakat dengan masyarakat yang lain. Dalam konteks Malaysia, kebudayaan itu
dilihat daripada aspek persamaan dan perbezaan cara hidup antara kita sebagai
rakyat Malaysia yang kita panggil sebagai
masyarakat Malaysia. Apa yang dimaksudkan sebagai kebudayaan di sini
menurut definisi sosiologi ialah cara
hidup yang menjadi kepunyaan bersama. Dari perspektif sosiologi kebudayaan
membawa pengertian segala hasil dan idea yang dipelajari dan dikongsi oleh
ahli-ahli dalam sebuah masyarakat. Ini termasuklah segala kepercayaan,
nilai-nilai politik, adat resam, undang-undang, moral, institusi sosial, seni
lukis,bahasa dan bahan-bahan material
Apabila
Malaysia mencapai kemerdekaan daripada penjajah Inggeris kita mewarisi cara
hidup zaman penjajah yang mengamalkan dasar "divide and rule".
Masyarakat terbahagi kepada golongan
atau ras dengan kebudayaan yang bercorak sukuan. Masyarakat pada ketika itu tidak mempunyai dasar-dasar kebudayaan
yang pokok yang menjadi kepunyaan bersama. Kesan daripada warisan zaman
penjajahan itu menyebabkan rakyat Malaysia tidak mempunyai kejiwaan Malaysia.
Warganegara yang berasal dari golongan imigran masih meletakkan taat setia dan
berkiblat kepada negara asalnya. Oleh itu, wujud semacam banteng budaya (cultural barrier) antara golongan
imigran dengan penduduk peribumi Malaysia. Adalah diakui bahawa perbezaan
keturunan atau ras tidak dapat dihapuskan, tetapi ciri-ciri kebudayaan yang pokok harus ditonjolkan
supaya dapat menentukan corak keperibadian
kebangsaan yang memperlihat identiti masyarakat Malaysia. Dengan cara
yang demikian corak kebudayaan sukuan
dapat diperkecilkan dan semangat kebangsaan Malaysia dapat diperkukuhkan demi untuk mewujudkan
masyarakat Malaysia yang bersepadu.
1.3 Maksud Kebangsaan
Maksud
Kebangsaan merupakan suatu perasaan atau semangat cinta dan taat setia
yang mendalam terhadap bangsa dan tanah
air. Semangat kebangsaan ini mendorong keazaman untuk berjuang menebus maruah
Negara dan membentuk masa depan bangsa dan Negara. Semangat cinta akan tanah air telah
menyebabkan kita berjuang membebaskan Negara
daripada penjajahan British bagi membentuk Negara yang merdeka dan
berdaulat.
2.0 Budaya
Budaya
ataupun adat resam sudah menjali amalan dari zaman Melayu melaka yang mekaing
hari semakin berubah sedikit demi sedikit. Budaya adalah satu amalan yang
dilakukan untuk melambangkan atau memberi simbol kepada sesuatu acara mahupun
didalam kehidupan seharian. Akan tetapi, semakin hari, kita berdepan dengan
masalah yang tidak nampak dengan mata kasar kita akan tetapi gelombang yang ini
halus memasuki pemikiran didalam kelompok masyarakat kita masa kini. Gelombang
yang dimaksudkan adalah gelombang perkembangan budaya yang pesat berkembang
mengikut arus zaman. Ini adalah kerana berkembang dengan pesatnya pembangunan
teknologi tidak terkecuali di Malaysia.
2.1 Budaya Melayu
Kaum
melayu terkenal dengan budaya yang pelbagai samada budaya asli mahupun budaya
yang bercampur dengan budaya lain dan terbentuknya budaya Melayu yang baru.
Antara budaya yang diamalkan adalah sewaktu mengandung, saat kelahiran dan
selepas bersalin dinamakan budaya melenggang perut.
Melenggang perut ini juga dipanggil
Kirim Perut dan Mandi Tian. Upacara ini khas dilakukan apabila seorang wanita
itu hendah melahirkan anak sulungnya. Tujuaan upacara ini dilakukan adalah
untuk mengelak kecelakaan semasa saat tiba untuk bersalin selain membetulkan
kedudukan bayi didalam perut. Antara bahan yang digunakan untuk upacara ini
adalah :-
v Tujuh
helai kain dengan tujuh warna yang berlainan
v Segantang
beras
v Sebiji
kelapa
v Beberapa
urat benang mentah
v Damar
v Minyak
kelapa
v Lilin
v Tepak
sirih
v Pengeras
Selain
budaya semasa mengandung, didalam upacara perkahwinan juga penuh dengan
keindahan budaya melayu yang dapat kita lihat hingga hari ini. Budaya-budaya
kaum lain di Malaysia juga dapat kita saksikan diamalkan secara meluas. Kaum
Cina dim Malaysia mempunyai adat resam atau budaya yang amat unik dimana
keseluruhan kehidupan mereka dipengaruhi dengan budaya mereka. Setiap hal
seperti perkahwinan, perniagaan, rumah tangga dan lain-lain, mereka akan
merujuk kepada pakar tilik yang mengetahui baik buruk sesuatu perkara yang
terjadi pada setiap benda yang terjadi didalam hidup mereka.Selain
kaum Melayu dan Cina, kaum India juga sebahagian masyarakat didalam Malaysia.
Seperti kaum lain, kaum India juga mempunyai budaya dan adat resam yang unik.
Adat resam atau budaya yang diamalkan oleh kaum India tidak banyak beza dengan
budaya Melayu seperti adat semasa berkahwin. Adat ini dikatakan diadaptasi oleh
kaum Melayu mengikut kesesuaian dan tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
2.2 Kesan Positif Budaya Dalam
Masyaraka
Antara
kesan positif budaya dalam masyarakat yang dapat kita lihat adalah perpaduan
yang terjalin antara masyarakat. Bak kata pepatah Melayu mengatakan ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia
kerana muafakat’. Ini kerana, apabila berlakunya sesuatu upacara seperti
perkahwinan, orang ramai ataupun penduduk setempat akan bergotong royang
beramai-ramai menjayakan majlis itu.
Tanpa
budaya, sesuatu kaum tidak mempunyai sebarang keistimewaan dan mungkin akan
kehilangan identiti kaum itu sendiri. Oleh itu, budaya dapat dilihat sebagai
‘medium’ untuk mengekalkan identiti sesuatu kaum. Budaya juga dapat mengekalkan
tradisi yang sudah lama dilakukan oleh nenek moyang kita sejak berzaman agar
tidak ditelan zaman seperti pepatah ‘tidak
lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas’.
Semua
orang memerlukan perubahan didalam hidup tidak terkecuali budaya itu sendiri.
Budaya berubah sejajar mengikut kepesatan pembangunan teknologi. Perubahan ini
termasuklah apabila sesuatu budaya bergabung dengan budaya yang lain membentuk
budaya yang baru tetapi masih mengekalkan identitinya. Perubahan ini memberi
kebaikan kepada budaya itu sendiri dimana terdapat pelbagai ilmu baru yang
dapat dipelajari asalkan tidak bercanggah dengan ajaran Islam yang suci.
Dengan
adanya budaya, sifat hormat-menghormati dapat ditanamkan didalam jiwa
masyarakat sekali gus mengurangkan masalah sosial yang terdapat didalam
masyarakat. Ini adalah penting kerana di Malaysia, terdapat banyak kaum dan
masing-masing mempunyai budaya yang lain. Dengan adanya sifat
hormat-menghormati, masyarakat dapat hidup dalam harmoni tanpa sebarang masalah
yang dapat mengugat keutuhan kesepakatan yang adal di Malaysia.
2.3 Kesan Negatif Budaya Dalam
Masyarakat
Terdapat juga kesan negatif budaya
didalam masyarakat yang dapat kita kupas diantaranyanya ialah wujudnya sifat
perkauman yang kuat diantara kaum masing-masing yang ada di Malaysia. Sifat ini
memberi kesan yang buruk kepada sesuatu kaum kerana ianya boleh mengundang
masalah besar seperti pergaduhan antara kaum yang pernah terjadi seperti
kejadian hitam yang menimpa negara, peristiwa 13 Mei 1969 dimana kaum Melayu dan
kaum Cina saling berbunuhan antara satu sama lain.
Sebarang penyalahgunaan didalam
budaya itu juga dapat mengudang kesan negatif kepada masyarakat seperti amalan
khurafat yang digunakan didalam budaya yang ternyata sekali amat salah disisi
agama. Contoh amalan khurafat yang dimasukkan didalam budaya adalah seperti
amalan kepercayaan ajaran nenek moyang yang bergantung harap kepada kuasa roh
sekali gus membolehkan seseorang itu terjerumus ke lembah syirik.
Terdapat
sesetengah budaya yang masih diamalkan walaupun amalan budaya itu tidak
terdapat didalam garis panduan ajaran Islam. Apa yang dapat dilihat disini
adalah bagaimana segolongan masyarakat lebih mementingkan budaya daripada agama
sendiri seperti upacara merenjis pengatin dihari persandingan. Di Malaysia,
amalan itu sudah menjadi kewajipan apabila terdapat upacara perkahwinan
berlansung.
Terdapat
budaya yang masih relevan yang boleh diamalkan akan tetapi terdapat sesetengah
budaya yang tidak relevan untuk diamalkan seperti lenggang perut. Ini kerana budaya
itu tidak relevan untuk digunakan memandangkan kita mempunyai teknologi agar
keadaan wanita yang hamil dan kandunganya dalam keadaan sihat justeru dapat
mengelak kejadian syirik dengan jampi serapah yang digunakan oleh bidan.
3.0 Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Dasar Kebudayaan telah diwujudkan dinegara ini adalah
bertujuan untuk menjaga perpaduan di Negara ini. Hal ini adalah kerana Sesebuah negara yang
mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia tentu tidak akan dapat lari
daripada menghadapi pelbagai masalah sosial dan perpaduan. Oleh sebab perpaduan
amat penting dalam memupuk semangat nasionalisme dan kenegaraan, sudah tentulah
negara-negara yang menghadapi masalah ini akan cuba mencari jalan untuk
menyelesaikan sebarang keretakan dan konflik perkauman di negara masing-masing.
Di Malaysia, masalah yang kerap diperkatakan berhubung dengan perpaduan ialah
masalah polarisasi. Walaupun negara
kita telah mencapai kemerdekaan sejak tahun 1957, namun persoalan dan masalah
pembentukan kebudayaan kebangsaan masih menjadi satu perkara yang ditinggalkan
untuk dibincangkan oleh para pengkaji budaya. Perbahasan tentang Dasar
Kebudayaan Kebangsaan sering diadakan, terutamanya di kalangan para ahli
politik, badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan tertentu yang ada hubungan
dengan kebudayaan. Harapan negara untuk menyatupadukan masyarakat melalui
kebudayaan kebangsaan adalah tidak mustahil asalkan rakyat Malaysia sanggup
menerima kebudayaan kebangsaan sebagai kebudayaan setiap kaum di negara ini.
Setelah meneliti pelbagai masalah yang dihadapi oleh
Kerajaan didalam menyatupadukan rakyat Malaysia seperti berlakunya peristiwa 13
Mei 1963, maka kerajaan telah menubuhkan kongres Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Pada Tahun 1971, perkara ini telah dibahaskan di dalam parlimen dan kemudiannya
ia telah dipersetujui oleh ahli parlimen akhir Dasar Kebudayaan Kebangsaan di laksanakan bagi bertujuan menyatu padukan
kaum dan masyarakat di Negara ini, agar mereka hidup lebih harmoni dan aman
damai.
3.1 Latar Belakang Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) merupakan satu dasar
kebangsaan yang disusun dengan persetujuan semua pemimpin mewakili kaum utama
di Malaysia, bertujuan mengikat rakyat Malaysia kepada satu dasar yang sama. Dasar Kebudayaan Kebangsaan ini telah dirangka
pada 1971. Apa yang dilihat oleh DKK mengenai kebudayaan ialah merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan
penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian
Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan
pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan
penggembelengan tenaga dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu
proses yang berterusan. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang
kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan
perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang
bersifat keMalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat
yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.
3.2 Rasional Dasar Kebudayaan
Kebangsaan
Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan daripada penjajah
Inggeris kita mewarisi cara hidup zaman penjajah yang mengamalkan dasar
"divide and rule". Masyarakat terbahagi kepada golongan atau ras
dengan kebudayaan yang bercorak sukuan. Masyarakat kita ketika itu tidak
mempunyai dasar-dasar kebudayaan yang pokok yang menjadi kepunyaan kita
bersama. Kesan daripada warisan zaman penjajahan itu menyebabkan rakyat
Malaysia tidak mempunyai kejiwaan Malaysia. Warganegara yang berasal dari
golongan imigran masih meletakkan taat setia dan berkiblat kepada negara
asalnya. Oleh itu, wujud benteng budaya “cultural barrier” antara golongan
imigran dengan penduduk peribumi Malaysia. Tidak boleh dinafikan disini bahawa
perbezaan keturunan atau ras tidak dapat dihapuskan, tetapi ciri-ciri
kebudayaan yang utama didalam masyarakat harus ditonjolkan supaya dapat
menentukan corak keperibadian kebangsaan yang memperlihat identiti masyarakat
Malaysia. Dengan cara yang demikian corak kebudayaan sukuan dapat diperkecilkan
dan semangat kebangsaan Malaysia dapat diperkukuhkan demi untuk mewujudkan
masyarakat Malaysia yang bersepadu. Bukan itu sahaja, bahkan pembinaan sesuatu
negara memerlukan penglibatan semua lapisan masyarakat yang menjadi rakyat
negara itu. Pembinaan negara itu belum sempurna jika rakyat negara tersebut
tidak meletakkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara itu
terutamanya apabila mempertahankan negara berkenaan daripada pencerobohan
musuh. Untuk mencapai matlamat pembinaan negara maka rakyat negara itu harus
mempunyai ciri-ciri persamaan dalam perkara yang hendak di capai termasuk
jiwanya agar mereka bersatu hati. Tegasnya, Malaysia memerlukan suatu corak
kebudayaan kebangsaan yang dapat memupuk semangat kebangsaan Malaysia demi
untuk mewujudkan perpaduan dan kestabilan di dalam negara.
Setelah melihat penyataan tadi oleh kerana itulah penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah
begitu penting dilakukan nbagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai
penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini akan dapat menjadi garis
panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan
dunia antarabangsa. Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan
fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai
pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang
lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses
interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang
sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan
dunia.
3.3 Objektif Pengubalan Dasar
Kebudayaan Kebangsaan
Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka
amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatupadu.
Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia
adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:
3.3.1 Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan
Pada Hakikat sebenarnya disini ialah,perpaduan bangsa
dapat disemat melalui kebudayaan.
Pengukuhan perpaduan ini dilakukan dengan memperkenalkan budaya setiap
komuniti yang berada di Malaysia baik melayu,cina,india mahumpun komuniti
minority kepada seluruh rakyat Malaysia melalui medium media massa dan media
cetak. Pihak yang terlibat untuk memperkenalkan budaya ini ialah Kementerian
Penerangan,Komunikasi Dan Kebudayaan dan dibantu oleh agensi-agensi kerajaan
yang lain. Perkara ini dapat memupuk rasa hormat dan menerima budaya dan agama
kaum lain dan juga kaum lain dapat memberi ruang kepada kaum lain mengamalkan
budaya dan agama masing-masing tanpa cuba mempengaruhi atau mengganggu antara
satu sama lain.
Bagi memperkukuhkan lagi agenda ini
pihak kerajaan telah melaksanakan satu program iaitu Program Merakyatkan Seni Budaya. Program ini merupakan sebuah program di bawah
seliaan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. PMS
dilaksanakan sebaik sahaja Jemaah Menteri memutuskannya pada 26 Januari 2005.
PMS diadakan atas tujuan untuk mendekatkan masyarakat umum, khususnya
masyarakat luar bandar agar lebih rapat dengan kegiatan seni budaya. Di samping
untuk meningkatkan penyemarakkan seni di kalangan masyarakat setempat, PMS juga
begitu menjurus dalam memupuk nilai-nilai murni dan semangat kerjasama serta
perpaduan di kalangan masyarakat.
Cetusan Idea untuk mengadakan PMS datang dari YB. Dato’ Seri Utama Dr. Rais
Yatim selaku Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Kekuatan
untuk merealisasikan program murni ini didasari atas fakta untuk memulihara dan
mengekalkan warisan seni budaya negara, di samping memupuk semangat kerjasama
ke arah meningkatkan toleransi, keharmonian dan perpaduan selaras dengan pengukuhan
jati diri bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Objektif bagi
program ini ialah ;
Matlamat utama Program Merakyatkan Seni Budaya dalam mendokong Gagasan
1Malaysia adalah seperti berikut:
I.
Ke arah pembentukan masyarakat Malaysia
yang berbudaya, berbudi bahasa dan mempunyai nilai-nilai murni selaras dengan
tuntutan dan prinsip-prinsip Rukun Negara serta Gagasan 1Malaysia.
II.
Sebagai langkah penerusan dan
pengembangan seni dan budaya masyarakat pelbagai kaum di Malaysia yang
merupakan warisan bersama.
III.
Membentuk dan mengukuhkan identiti
bangsa Malaysia untuk mencerminkan semangat 1Malaysia.
IV.
Memupuk masyarakat yang lebih kreatif
dan mempunyai jati diri melalui aktiviti yang dijalankan.
V.
Mengukuhkan integrasi dan perpaduan rakyat.
VI.
Memperluaskan kegiatan seni dan budaya
serta merangkumi kegiatan seni sebagai sebuah kerjaya pilihan untuk masyarakat
dalam bidang seni dan budaya sebagai sektor yang menyumbang kepada ekonomi dan
kesejahteraan negara.
( Sumber :
http://www.kpkk.gov.my/ )
Melihat objektif bagi pelaksanaan
jelaslah bahawa melalui kebudayaan kita dapat mengukuhkan lagi perpaduan antara
kaun perkara dapat kita buktikan lagi melalui pelaksanaan aktiviti didalam
program tersebut antaranya ialah Kenduri Rakyat atau Kenduri Adat yang meru[akan
satu bentuk kebudayaan sesuatu masayakat majoriti Kenduri Rakyat diadakan bagi
membentuk kerjasama selain mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat.
Malaysia kini sebagai sebuah negara yang membentuk gagasan 1Malaysia
berlandaskan komuniti masyarakat yang berbilang kaum. Ianya dijadikan sebagai
satu sandaran melaksanakan pelbagai jenis serta gaya kenduri rakyat yang
membabitkan masakan serta istiadat kaum-kaum di Malaysia. Selain kenduri yang
berlangsung, terdapat juga sub aktiviti seperti gotong-royong juga turut
diwarnai dengan penglibatan generasi muda. Aktiviti kemasyarakatan seperti
membersih kawasan dan membaiki bangunan lama akan melibatkan masyarakat
setempat. Penyediaan makanan sempena kenduri rakyat setempat melibatkan semua
golongan masyarakat secara bergotong royong. Kemudiannya ada pula Khidmat
Masyarakat dimana program ini memberi pendedahan kepada masyarakat dalam
mempelajari asal-usul kebudayaan serta tatacara kehidupan yang lebih harmoni
dan bertamadun. Kepelbagaian budaya dalam gagasan 1Malaysia merupakan pemangkin
yang utuh bagi melaksanakan aktiviti ini. Kebajikan terhadap rakyat yang kurang
upaya perlu diberi perhatian. Sikap tolong-menolong dan kerjasama akan dapat
meringankan beban masyarakat. Dikuatkan lagi pula dengan Pertandingann kesenian
dan kebudayaan yang disertai pelbagai kaum dan disini ia menunjukkan pesaingan
sihat kaum fan disini kita dapat mnegenali budaya kaum lain pertandingan ini
juga selain bertujuan untuk memberi pendedahan, ia juga turut membuka peluang
kepada para peserta supaya lebih kreatif juga kompetitif terhadap beberapa
aspek yang dipertandingkan. Fokus utama terarah kepada kemajuan dan daya usaha
individu serta berkumpulan. Pertandingan akan dapat melahirkan bakat-bakat muda
tempatan yang mempunyai potensi besar dalam bidang berkaitan seni dan budaya.
Diadakan pula Demonstrasi dimana
ia bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan kefahaman secara tidak formal
kepada pengunjung didalam program merakyatkan seni budaya ini. Demonstrasi ini
juga dapat member kemahiran asas untuk mengenali sesuatu perkara yang
melibatkan proses pelaksanaan dan penghasilan input secara fizikal. Komunikasi
antara tokoh serta pengusaha adalah digalakkan dalam memperjelaskan sesuatu
penghasilan. Demonstrasi yang diadakan adalah seni bela diri tradisi, gasing,
congkak, dam aji, dam cina, batu seremban, galah panjang, sepak raga, silat,
wushu, silambam, dan lain-lain mengikut kategori peringkat umur. Kesemua ini
menunjukkan kebudayaan kaum lain dan ini boleh berlakunnya pertukaran budaya
yakni masing mempelajari budaya lain selain budaya lain dan ini dapat lagi
mengukuhkan perpaduan melalui kebudayaan. Bukan itu sahaja, perkukuhan
perpaduan juga melalui pertukaran boleh dikuatkan lagi dengan seni
persembahahan budaya masing-masing, contohnya disni ialah kesenian tradisi unik
yang merupakan kesenian masyarakat tempatan dipersembahkan juga oleh kumpulan
kesenian dan artis setempat. Ianya terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik
yang berbilang bangsa. Melibatkan penyertaan dari pelbagai lapisan masyarakat.
Persembahan atau pertunjukan yang dijalankan lebih menekankan persembahan
kesenian yang bersifat asli atau autentik. Persembahan daripada luar kawasan
komuniti juga turut dipersembahkan dalam memperkembangkan pengetahuan ilmu.
Kesemua ini kita dapat lihat bahawa program ini mampu mengukuhkan lagi
perpaduan diantara kaum di Malaysia secara keseluruhannya.
3.3.2 Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada
Kebudayaan Kebangsaan.
Bagi
objektif yang kedua ini iaitu Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan. Ia adalah amat penting supaya
identity yang teripta dan terbentuk di Malaysia yang mempunyai pelbagai
bangsa,kaum dan agama tidak akan hilang malah ia akan terus kekal sehingga hari
ini. Secara tuntasnya disini adalah bahawa keperibadian kebangsaan yang tumbuh
daripada kebudayaan kebangsaan sewajarnya di pupuk dengan lebih banyak lagi dan
ia dipelihara dengan baik agar ia sentiasa segar,.Memupuk dan
memelihara ini kita boleh melihat dari sudut konsep intergrasi antara
kaum,yakni kita menyentuh kesemua intergrasi nasional yang dilakukan oleh pihak
kerajaan antaranya ialah ;
- Integrasi
wilayah yang bertujuan
mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara
wilayah yang maju dengan yang mundur. Di Malaysia, tumpuan integrasi
wilayah ialah antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur dan Pantai Timur
Semenanjung Malaysia dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
- Integrasi
ekonomi yang boleh diertikan
sebagai usaha-usaha untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara
kumpulan etnik
- Integrasi
kebudayaan melibatkan usaha
membentuk suatu kebudayaan kebangsaan
- Integrasi
sosial merangkumi
usaha-usahameyatupadukan rakyat melalui progam sosial seperti sukan, pendidikan,
perumahan dan kesihatan
- Integrasi
pendidikan bertujuan untuk
mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna
dari segi intelek, jasmani dan rohani
- Integrasi
politik yang merangkumi
usaha-usaha menyatukan rakyat melalui [1]kerjasama
dan pembahagian kuasa politik.
( Sumber: Modul Hubungan Etnik
, mukasurat 15)
Intergrasi secara tidak
langsungnya dapat memelihara keperibadian kebangsaan yang sudah terbentuk dan
memelihara ini kita boleh melihat pihak kerajaan dan juga badan NGO. Didalam
memupuk dan memelihara inilah lahirnya akademi seni budaya yang mengekalkan
kebudayaan dinegara contonya Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan atau
lebih dikenali sebagai ASWARA. Mengenai ASWARA pada awalnya ia dikenali sebagai
Akademi Seni Kebangsaan yang ditubuhkan pada tahun 1994 dibawah Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia tetapi kini ia lebih dikenali
Sebagai Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan berkuatkuasa pada 1 Ogos
2006 melalui Akta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 (Akta
653). ASWARA merupakan sebuah institusi
pengajian tinggi didalam bidang persembahan yang diterajui sepenuhnya oleh
Kerajaan Malaysia dibawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan Malaysia yang kini dikenali sebagai Kementerian Penerangan,Kesenian dan
Kebudayaan Malaysia. Ia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang
menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akedemik serta
khidmat nasihat professional dalam bidang seni budaya dan warisan yang
bertujuan menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dalam
bidangnya disamping memantapkan kesinambungan warisan seni kebudayaan negara.
Rasionalnya ASWARA diwujudkan adalah berdasarkan kenyataan berikut ;
“ASWARA bertanggungjawab mengeluarkan
graduan-graduan yang berupaya menjadi cendekiawan, penggalak, pemupuk, pelaku
dan pengamal seni budaya dan warisan di peringkat sijil, diploma, ijazah dan
ijazah tertinggi dalam bidang-bidang penyelidikan dan pemupukan kebudayaan,
pemuliharaan dan pentadbiran warisan pelbagai jenis.”
( Sumber : http://www.kpkk.gov.my/
)
Bukan itu sahaja, bahkan di peringkat institusi pengajian
tinggi juga turut diberi ruang untuk memupuk dan memelihara keperibadian
kebangsaan melalui kebudayaan iaitu mewujudkan fakulti-fakulti yang menjurus ke
arah keseniaan dan kebudayaan seperti Universiti Teknologi Mara, Universiti
Malaya, Universiti Perguruan Sultan Idris dan Universiti Sains Malaysia.
Kesemua IPT yang disebutkan ini mempunyai fakulti yang menjurus ke arah kesenian
dan kebudayaan dan sinilah objektif Dasar Kebuyaan Kebangsaan ini boleh
digapai.
3.3.3 Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan
kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
Apa yang ingin dicapai di dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah
memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian
yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi. Segala yang dimaksudkan dalam
memperkayakan dan mempertingkatkan adalah dengan menjadikan kebudayaan sebagai
sumber pendapatan kepada lapisan masyarakat di negara ini. Sekiranya pada hari
ini masyarakat mencari sumber pendapatan melalui Industri-Industri besar
seperti perkilangan,pertanian,perladangan mahupun industri kecil dan sekiranya
hari ini Malaysia kaya dengan ekonomi seperti getah , kelapa sawit , dan
sebagainya maka di tambahkan lagi sumber ekonomi negara iaitu kebudayaan yang
mampu mempertingkatkan kehidupan masyarakat dinegara kerja serta sedikit
sebanyak memberi ruang pekerjaan kepada masyarakat bukan itu sahaja bahkan
secara tidak langsungnya membantu memupuk kebudayaan di negara ini dan dapat
mengekalkan kebudayaan identiti negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum
dan bangsa. Kebudayaan di negara ini bukan sahaja dijadikan satu identiti
malaysia tetapi ia mampu di komersilkan. Apabila dikatakan dikomersil ia bukan
bermakna kita menjual budaya atau bangsa
kita tetapi kita mengetengahkan budaya rakyat kita yang terdiri pelbagai bangsa
dan kaum melalui medium yang tertentu. Apakah medium yang dimaksudkan? Medium
yang dimaksudkan disini ialah medium pelancongan, dimana kebudayaan dinegara
kita akan menjadi satu tarikkan kepada pelancong luar yang ingin melihat negara
mempunyai pelbagai kaum, bangsa, agama di dalam satu komuniti tetapi mampu
hidup didalam keaadaan yang harmoni dan aman damai. Pelancong yang berkunjung
dinegara ini secara tidak langsungnya dapat mempelajari budaya dinegara ini dan
membuatkan budaya kita dipandang tinggi dimata dunia bersesuai dengan
masyarakat kita yang merupakan masyarakat timur yang mempunyai kesopanan dan
kesusilaan. Kebudayaan sedikit sebanyak membantu ekonomi negara melalui
pelancongan.
3.4 Strategi Mencapai Objektif
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
- Pemulihan,
pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas
Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan,
pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya.
Strategi ini dilakukan dengan membuat akta untuk pemeliharaan dan
pembangunan kebudayaan. Antara akta yang telah diwujudkan disini ialah ;
i.
Akta Akademi Seni Budaya Dan Warisan
Kebangsaan 2006 [Akta 653]
Suatu Akta yang mengadakan
peruntukan bagi penubuhan, pengurusan dbiran Akademi Seni Budaya dan Warisan
Kebangsaan sebagai sebuah institusi pengajian tinggi di dalam bidang seni,
budaya dan warisan di Malaysia.[2]
ii.
Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645]
Akta Warisan Kebangsaan 2005 bertujuan untuk
memberi perlindungan kepada semua aspek warisan secara menyeluruh dan bersepadu
yang sebelum ini tidak ada dalam mana-mana perundangan persekutuan dan negeri.
Akta ini merangkumi skop yang lebih luas merangkumi aspek Warisan Budaya
(cultural heritage), Warisan Semula-jadi (natural heritage) termasuk Warisan
Ketara (Tangible Heritage) dan Warisan Tak Ketara (intangible heritage).
Akta ini berkuatkuasa pada 1 Mac 2006 dan
menggantikan dua akta terdahulu iaitu Akta Benda Purba 1976 dan Akta Harta
Karun 1957.
Merupakan "suatu akta untuk mengadakan
peruntukan bagi pemuliharaan dan pemeliharaan warisan kebangsaan, warisan
semulajadi, warisan kebudayaan ketara dan tidak ketara, warisan kebudayaan di
bawah air".
Di bawah akta ini terdapat beberapa peraturan iaitu
:
a. Peraturan-peraturan
Warisan Kebangsaan (Daftar Warisan Kebangsaan) 2007 P.U.(A) 427
b. Peraturan-peraturan
Warisan Kebangsaan (Barang Ditetapkan) 2008 P.U.(A) 197
( Sumber: Kementerian Penerangan , Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia )
Akta dan perundangan inilah
yang dapat memelihara kebudayaan yang sedia ada dan menjadi warisan kepada
generasi yang ada. Akta ini juga dapat menjaga kebudayaan di negara kita terus
kekal mekar di negara ini dan tidak tenggelam diarus zaman yang semakin moden
dan membangun dengan pesat.
- Meningkat
dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan
melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai
jentera pembangunan yang berkesan.
Pelaksanaan strategi ini
dilakukan oleh berberapa kementerian yang terlibat, ia tidak bergantung kepada
Kementerian Penerangan,Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia semata-mata, tetapi
ia turut disertai oleh Kementerian Belia Dan Sukan, Kementerian Pelancongan
Malaysia, Jabatan Warisan Negara, Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara dan
pelbagai agensi kerajaan yang melaksanakan pelbagai aktiviti yang menyentuh
kebudayaan. Contoh yang boleh kita ambil disini ialah Kementerian Belia Dan
Sukan di bahagian Pembangunan Rakan Muda itu sendiri, dimana dibahagian Rakan
Muda ini mempunyai tujuh gaya hidup dan antaranya ialah Rakan Seni Budaya yang
banyak memberi aktiviti dan latihan serta pengenalan kebudayaan kepada
masyrakat amnya dan terutamanya kepada para belia contoh aktiviti yang
dilakukan oleh Rakan Seni Budaya ialah seni tari, bermain muzik tradisional,
dan mendekati program intergrasi nasional.
Bukan itu sahaja pembangunan kebudayaan ini juga di
rangka di dalam Rancangan Malaysia Ke 8 ( RMKe-8) dan Rancangan Malaysia Ke 9 (
RMKe-9) bagi memastikan kebudayaan
dinegara ini terus berkembang dengan baik. Rangka di dalam Rancangan Malaysia
Ke 8 ( RMKe-9) dan Rancangan Malaysia Ke 9 ( RMKe-8) adalah seperti berikut ;
KEMAJUAN, 2001-2005
23.03 Dalam tempoh RMKe-8, pelbagai program
kebudayaan, kesenian dan warisan dilaksana bagi meningkatkan minat orang ramai
terhadap seni dan budaya serta pemuliharaan warisan negara. Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ditubuhkan pada tahun 2004 untuk menyatukan
dasar dan program bagi menggiatkan lagi budaya, seni dan warisan negara serta
menggubal strategi baru bagi meningkatkan akses rakyat kepada seni.
Seni dan Budaya
Kesedaran dan Penghayatan Terhadap Seni dan Budaya
23.04 Selaras dengan usaha untuk mewujudkan
masyarakat yang kaya dengan budaya, pelbagai program dilaksana untuk
meningkatkan penghayatan terhadap seni dan budaya di kalangan rakyat Malaysia
di semua peringkat. Sehubungan ini, aktiviti berkaitan seni dan budaya
dilaksanakan di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan kampung. Dalam tempoh
Rancangan, empat taman budaya yang baru telah ditubuhkan di Melaka, Negeri
Sembilan, Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjadikan jumlah keseluruhan
sebanyak tujuh taman di seluruh negara. Taman budaya ini menjadi tempat untuk
memperkenalkan aktiviti kesenian dan kebudayaan serta menganjurkan program
latihan dan bina upaya untuk memupuk bakat dalam seni persembahan.
23.05 Dalam usaha untuk memupuk penghayatan dan
cintakan budaya di kalangan generasi muda, pelbagai program dan aktiviti
kebudayaan seperti kelab kebudayaan terus dianjur di sekolah rendah dan
menengah. Dalam tempoh Rancangan, sejumlah 220 Kumpulan Tunas Budaya baru
dengan 10,200 pelajar telah ditubuhkan di sekolah rendah dan 77 Kelab Kesenian
Sekolah dengan 2,860 pelajar di sekolah menengah. Bantuan dalam bentuk latihan,
khidmat nasihat dan kostum serta peralatan juga disediakan. Pelajar yang
terlibat dalam aktiviti ini diberi peluang untuk membuat persembahan dalam
majlis rasmi di peringkat negeri dan daerah sebagai usaha untuk menyebar
kesedaran dan penghayatan budaya dan seni di kalangan lebih ramai rakyat
Malaysia.
Bina Upaya dan Latihan
23.06 Akademi Seni Kebangsaan (ASK) terus menyediakan
kursus di peringkat sijil dan diploma dalam bidang teater, penulisan kreatif,
tarian dan muzik serta cinematography bagi menggalakkan lagi pembangunan
seni kreatif dan persembahan serta menyediakan tempat untuk mengasah bakat
kreatif. Dalam tempoh Rancangan, seramai 485 pelajar telah mengikuti latihan di
akademi, sementara 157 pelajar telah tamat kursus dalam pelbagai bidang. Di
samping itu, kursus dan program sedia ada dalam bidang seni persembahan dan
seni halus yang [4]dijalankan
di institusi pendidikan tinggi diperluas kepada bidang baru seperti pemodelan
grafik berkomputer, seni video digital serta pemasaran dan pengurusan. Kursus
dan program ini menyediakan peluang yang lebih kepada pelajar untuk
mengembangkan bakat mereka.
Seni Persembahan
23.07 Bagi menyokong industri pelancongan dan
memberi peluang kepada rakyat Malaysia meningkatkan penghayatan terhadap seni
dan budaya, usaha terus diambil oleh Kerajaan dan sektor swasta untuk
membangunkan infrastruktur hiburan
bertaraf dunia bagi pementasan pertunjukkan bertaraf antarabangsa. Istana
Budaya yang dilengkapi dengan peralatan moden dan terkini terus menjadi tempat
penting untuk pementasan seni persembahan dan pelbagai pertunjukan kebudayaan.
Dalam tempoh Rancangan, sebanyak 96 persembahan dipentaskan di Istana Budaya
meliputi muzikal, konsert dan tarian yang berjaya menarik lebih daripada
403,400 penonton. Sektor swasta juga turut menyumbang kepada kepelbagaian seni
persembahan dengan penubuhan Pusat Seni Persembahan
Kuala Lumpur pada tahun 2005.
Seni Tampak
23.08 Dalam tempoh Rancangan, pelbagai pameran,
seminar, bengkel, pertandingan dan aktiviti seni dianjurkan untuk memupuk minat
dalam seni tampak. Sejumlah 142 pameran telah dianjurkan yang dikunjungi lebih
daripada 866,500 pengunjung. Setiap pameran mempunyai pendekatan dan tema yang
berbeza dan mempamerkan bakat dan pemikiran kreatif artis tempatan dan
antarabangsa. Balai Seni Lukis Negara (BSLN) terus [5]mengumpul,
memelihara dan mempamerkan hasil kerja seni serta memupuk kesedaran dan penghayatan
di kalangan semua lapisan masyarakat. Di samping itu, BSLN juga telah
memperkenalkan Laman Seni Kuala Lumpur, sebuah
pasar seni yang diadakan pada setiap bulan dan mendapat sambutan purata 2,000
pelawat sebulan.
Perpaduan Negara
23.09 Menyedari bahawa penghayatan dan menghormati
budaya pelbagai etnik di Malaysia adalah penting dalam memupuk identiti
Malaysia yang unik, perayaan kebudayaan dan keagamaan kumpulan etnik utama di
Malaysia terus disambut di peringkat kebangsaan. Sehubungan ini, Kerajaan
menganjur Rumah Terbuka Malaysia bagi menyambut perayaan seperti Hari Raya
Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Gawai dan Tadau Kaamatan.
Sambutan perayaan ini menunjukkan semangat perpaduan negara dan harmoni yang
wujud dalam masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai budaya.
Warisan
23.10 Bagi memperkukuh dan memupuk penghayatan
kepada budaya dan warisan di kalangan rakyat Malaysia, usaha telah diambil
untuk memelihara dan memulihara produk kebudayaan seperti tapak warisan,
monumen dan artifak, terutamanya yang mempunyai kepentingan sejarah. Sehubungan
ini, 63 monumen dan 25 tempat bersejarah dipelihara, dipulihara dan dinaik
taraf untuk manfaat negara serta sebagai tarikan pelancong. Produk ini termasuk
Rumah Merdeka di Alor Star, Kedah iaitu rumah asal Perdana Menteri pertama yang
telah dibaik pulih menjadi sebahagian daripada Memorial Tunku Abdul Rahman.
23.11 Di samping menyenggara muzium sedia ada,
muzium dan arkib baru juga diwujudkan bagi menunjukkan pencapaian Malaysia
serta menjadi pusat untuk memelihara dan mendokumen sejarah negara. Bagi
mempamerkan pencapaian Malaysia dalam industri automatif, Muzium Automobil
Nasional telah dibina di Kompleks Litar Antarabangsa Sepang. Muzium tersebut
dibuka kepada orang ramai pada tahun 2004 dan menarik lebih daripada 34,500
pengunjung. Penubuhan Arkib Negara cawangan Kedah/Perlis pada tahun 2003 dan
Arkib Negara cawangan Sabah pada tahun 2005 telah memudahkan koleksi,
pemerolehan dan pemeliharaan rekod negara bagi tujuan penyelidikan. Di samping
itu, Muzium Kesenian Islam menyumbang ke arah mempromosi seni dan artifak Islam
tempatan dan asing. Langkah juga diambil mewujudkan kesedaran mengenai kekayaan
warisan budaya negara dengan penyebaran maklumat dan pelaksanaan pelbagai
program dan aktiviti seperti seminar dan bengkel.
PROSPEK, 2006-2010
23.12 Dalam tempoh RMKe-9, penumpuan yang lebih
akan diberi untuk mempertingkat peranan budaya dan seni dalam kehidupan rakyat
Malaysia serta menggalakkan industri berkaitan budaya dan seni. Penumpuan ini
adalah kerana penglibatan aktif semua golongan dalam aktiviti kebudayaan dan
kesenian juga menyumbang ke arah membangun individu secara total, mempererat
perpaduan negara serta mempertingkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.
Sehubungan ini, usaha lebih gigih akan diambil bersama sektor swasta bagi
mewujudkan kesedaran dan penghayatan yang lebih
baik terhadap kekayaan warisan budaya negara. Dengan demikian, teras strategik
untuk tempoh RMKe-9 adalah seperti berikut:
·
memupuk nilai
budaya positif di kalangan rakyat Malaysia;
·
memperkukuh
penghayatan budaya, seni dan warisan di kalangan rakyat Malaysia;
·
memelihara
dan memulihara produk warisan ketara dan tidak ketara;
·
memajukan
industri kraf dan menggalakkan produk kraf untuk pasaran dunia;
·
membangunkan
industri kebudayaan yang kreatif, dan
·
mengukuhkan
program bina upaya bagi memastikan pembangunan budaya, seni dan warisan yang
mampan dan berterusan.
Pemupukan Nilai Budaya
yang Positif
23.13 Usaha yang berterusan untuk membangun nilai
budaya yang positif dan mewujudkan satu Bangsa Malaysia adalah penting untuk
mengekalkan perpaduan negara dan keharmonian dalam mencapai matlamat
pembangunan terutamanya dalam suasana kepelbagaian etnik di Malaysia.
Sehubungan ini, beberapa kempen budi bahasa dan integriti ke arah memperkukuh
nilai sosial dan sikap akan diberi penekanan. Kempen dan program lain yang
berkaitan akan member tumpuan kepada perlunya rakyat Malaysia mengamalkan sikap
bertolak ansur, hormat-menghormati dan nilai positif lain yang perlu untuk
mengekal perpaduan negara, keharmonian sosial dan kemuafakatan.
Pengukuhan Penghayatan
Budaya, Seni dan Warisan
23.14 Bagi memupuk penghayatan yang lebih baik
kepada budaya, seni dan warisan di kalangan rakyat Malaysia, akses kepada
aktiviti kesenian dan kebudayaan akan ditingkatkan manakala penglibatan aktif
kesemua komuniti akan digalakkan. Sehubungan ini, Program Merakyatkan Seni dan
Budaya yang bertujuan untuk mendekatkan kembali seni kepada masyarakat serta
menjadikan seni sebahagian daripada kehidupan seharian akan dilaksanakan.
Aktiviti ini merangkumi persembahan seperti tarian tradisional dan moden, drama
dan muzik serta aktiviti berkaitan seni dan kraf dan akan melibatkan masyarakat
di kawasan bandar dan luar bandar.
23.15 Program untuk mendidik dan menghebahkan
kepentingan dan penghayatan nilai budaya, seni dan warisan di kalangan belia
akan diberi penekanan yang lebih dalam tempoh RMKe-9. Bagi mencapai tujuan ini,
langkah gigih akan diambil oleh agensi berkaitan untuk menambah bilangan yang
dilatih dalam pelbagai bidang berkaitan budaya dan seni. Mereka ini akan
dihantar kepada beberapa sekolah di bawah program Tunas Budaya bagi melatih
pelajar dalam bidang kesenian. Program ini menghubungkan komuniti seni dengan
sector pendidikan bagi menyokong pembangunan profesional pendidik seni dan
penyedia pendidikan seni. Di samping itu, program yang sama akan diperluas
meliputi kakitangan sektor awam dan belia bagi meningkatkan akses mereka
terhadap seni. Perkongsian strategik antara kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, organisasi berasaskan seni dan masyarakat
berserta sektor swasta akan diwujudkan untuk memastikan keberkesanan
pelaksanaan program ini.
23.16 Untuk meningkatkan penghayatan seni dan
budaya terutamanya di peringkat akar umbi, pelbagai program jangkauan seperti
Laman Seni Kuala Lumpur akan dipergiat dan diperluaskan ke semua negeri. Bagi
meningkatkan kesedaran dan penghayatan serta kefahaman dalam seni tampak dan
persembahan, beberapa program interaktif melibatkan penyertaan belia,
masyarakat dan sektor swasta akan dilaksanakan. Selaras dengan dasar yang
diluluskan, langkah bagi merealisasikan Kuala Lumpur sebagai hab budaya dan
aktiviti kesenian akan diambil dalam tempoh RMKe-9.
23.17 Seni persembahan juga merupakan jentera bagi
pemuliharaan dan penyebaran budaya di samping sebagai sumber hiburan dan
penghayatan kebudayaan kepada individu. Sehubungan ini, peranan Istana Budaya
sebagai pusat kecemerlangan bagi pementasan seni persembahan yang berkualiti
tinggi akan diperkukuhkan. Usaha yang berterusan akan diambil untuk menarik
lebih banyak pementasan asing menggunakan Istana Budaya sebagai tempat
persembahan yang akan menyumbang ke arah menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab
budaya serantau. Bagi meningkatkan akses rakyat kepada seni serta kesedaran mengenai
kemudahan yang canggih di Istana Budaya, aktiviti promosi yang agresif dengan
tumpuan kepada penerbitan tempatan dan asing akan dilakukan. Usaha ini adalah
selaras dengan langkah untuk mewujudkan kawasan budaya di dalam dan
persekitaran Istana Budaya.
( Sumber:Rancangan Malaysia Kesembilan, Mukasurat
491-495)
- Mewujudkan
komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan
nasionalisme Malaysia.
Bagi strategi ini pula ialah dilaksanakan didalam RMKe 8 dan RMKe 9
seperti yang dinyatakan diatas. Mewujudkan komunikasi ini juga dilakukan
melalui media massa dan media cetak mengenai kesedaran kebangsaan, kenegaraan
dan nasionalisme Malaysia, contohnya disini ialah apabila media massa membuat
kempen mengenai kebudayaan dan menunjukkan keharmonian negara yang mempunyai
pelbagai budaya , bangsa dan agama dapat hidup bersama dan penuh dengan
harmoni, malah ia menyemai semangat menghormati budaya bangsa lain.
- Memenuhi
keperluan sosiobudaya
Perbezaan dan kepelbagaian sosiobudaya sukar untuk dinafikan dalam
sebuah Negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang
berbilang etnik iaitu Melayu, Cina, dan India yang menjadi majoriti terbesar
serta kaum pribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli dan kaum – kaum lain
menjadi kaum minoriti. Setiap etnik membawa sosio-budaya yang berbeza yang
diwarisi dari nenek - moyang yang terdahulu.
Bagi mencapai objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan, strategi memenuhi
keperluan sosiobudaya telah disentuh, dimana keperluan ini dipenuhi melalui
berberapa aspek antaranya ialah aspek agama, disini kita lihat dimana malaysia
terdiri dari penduduknya yang berbagai keturunan dan menganuti berbagai agama,
khususnya agama Islam, Buddha, Hindu, Tao dan Nasrani atau atau Kristian, di
samping lain-lain sistem kepercayaan yang diamalkan oleh berbagai kumpulan
etnik yang terdapat di negara ini. Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Islam
adalah agama rasmi di Malaysia, sementara agama-agama lain boleh diamalkan
dengan aman dan bebas. Dari aspek bahasa pula, walaupun bahasa rasmi yang
digunakan di negara ini ialah Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu tetapi
bahasa-bahasa berbagai kaum dan suku kaum yang lain adalah bebas digunakan
seperti bahasa Cina dan Tamil. Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua dan
digunakan dengan meluasnya di bidang-bidang perdagangan dan perindustrian.
Kerajaan juga telah menggalakkan pekerja hotel dan ahli-ahli perniagaan yang
berkaitan dengan sektor pelancongan dan perhotelan supaya mempelajari lain-lain
bahasa antarabangsa.
Seterusnya bagi aspek perayaan pula kita melihat disini adalah penduduk malay yang berbilang kaum menyambut
pelbagai perayaan sepanjang tahun. Di negara ini, musim perayaan adalah masa
untuk bergembira dan menjalin persahabatan serta muhibah antara kaum. Setiap
kali perayaan, semua rakyat tanpa mengira keturunan, turut serta memeriahkan
suasana dengan kunjung-mengunjungi antara satu sama lain. Oleh itu, upacara
'rumah terbuka' adalah satu suasana yang tidak asing lagi di hari-hari
perayaan. Contohnya disini bagi yang menganut agama islam mereka akan menyambut
perayaan iaitu iaitu Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Maulidul Rasul.Walaupun
islam adalah agama rasmi bagi malaysia ini tidak bermakna agama lain tidak
boleh menyambut perayaan mereka, maka dengan itu sosiobudaya mereka dipenuhi
dengan membenarkan mereka meraikan perayaan mereka tanpa menyentuh sensitiviti
agama lain. Maka dengan itu kaum cina dapat merayakan Tahun Baru Cina pada hari
pertama di dalam bulan pertama kalendar Cina pada bulan Januari atau Februari
setiap tahun bagi penganut agama Hindu pula,mereka akan meraikan Deepavali atau perayaan Cahaya pada bulan
Aippasi mengikut kalendar keturunan Tamil Oktober dan November. Bagi agama
kristian mereka akan meraikan perayaan Krismas pada bulan November iaitu pada
25 December.
Kesemua ini memnunjukkan bahawa keperluan sosiobudaya setiap kaum
dipenuhi dan dihormati, malah dengan adanya pelbagai kumpulan etnik di negara
malaysia ia telah mewarnai kebudayaan di negara ini dengan lebih harmoni dan
sejahtera.
- Meninggikan taraf dan mutu kesenian.
Usaha melakukan strategi bagi meninggikan taraf dan mutu kesenian
dinegara ini ialah pihak kerajaan telah memberi beberapa peruntukkan kepada
bahagian yang mempertahankan kesenian kebudayaan. Berikut adalah Perbelanjaan
Dan Peruntukan Pembangunan Bagi Program Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan,
2001-2010;
JADUAL
23-1
PERBELANJAAN DAN PERUNTUKAN
PEMBANGUNAN BAGI PROGRAM
KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN,
2001-2010
Program
|
RMKe-8
Perbelanjaan
|
RMKe-9
Perbelanjaan
|
Kebudayaan dan Kesenian
Taman Budaya
Balai Seni Lukis Negara
Akademi Seni Kebangsaan
FINAS
Kraf
Warisan
Muzium
Arkib
Pemuliharaan Warisan Bersejarah
|
69.9
1.0
39.7
7.1
67.0
79.0
105.0
85.2
|
55.9
22.0
20.0
3.0
63.5
65.0
113.0
100.0
|
Jumlah
|
454.0
|
442.4
|
(RM juta)
Sumber : Unit Perancang Ekonomi
Perbelanjaan ini dilakukan
adalah bertujuan untuk menaikkan kesenian dan kebudayaan negara agar ia terus
mekar dan kekal serta peruntukkan yang diberikan ini dapat memelihara kesenian
dan kebudayaan yang sedia ada.
3.5 3 prinsip Dasar Kebudayaan
Kebangsaan
(i) kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang
Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal
rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei,
Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia
dan Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan
tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan
dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh
kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa
(linguafranca). Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan di
bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu - Austronesia, kedudukan
geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai
keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang
identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang
menuturkan satu rumpun bahasa yang sama.
( Sumber :
http://pmr.penerangan.gov.my
)
Apa yag difahami disini ialah rakyat majoriti dinegara ini ialah bangsa
melayu dan mereka sewajarnya menjadikan Kebudayaan Melayu sebagai tunjang asas
kepada indentiti malaysia tetapi tidak menolak dan menyisihkan kebudayaan
bangsa lain yang minoroti seperti cina dan india serta bangsa lain yang begitu
kecil seperti kadazan,iban ,bajau dan sebagainya, tetapi secara tuntasnya yang
menjadi teras kepada pembentukan identiti nasional ialah adat dan kebudayaan
masyarakat Melayu. Hal ini tidak dapat dipertikaikan oleh masyarakat lain
kerana adat atau budaya melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang
identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih beratus juta umat manusia
yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Maka apabila dipersetujui adat
masyarakat asal serantau dijadikan identiti Malaysia, pastilah di Malaysia,
adat dan budaya Melayu yang paling layak diletakkan didalam kategori itu,oleh
kerana itulah adat Melayu dijadikan teras identiti semua kaum di Malaysia
adalah sangat berpatutan.
Mengapa kebudayaan rakyat asal
rantau Melayu sebagai tunjang? Sebabnya adalah kerana yang pertama,kita melihat
kepentingan adat dan budaya Melayu dijadikan sebagai teras dalam pembentukan
identiti nasional ialah untuk memastikan kestabilan sosial dan politik di
Malaysia terus terpelihara. Harus difahami disini apabila kita bercakap
berkenaan Malaysia, majoriti penduduknya ialah orang Melayu. Kerana orang
Melayu ialah majoriti didalam masyarakat Malaysia, adalah penting untuk
menjadikan adat kaum yang majoriti sebagai ikutan kepada kaum-kaum lain yang
lebih kecil populasinya. Ini bagi memastikan tidak berlaku pertikaian kepada
masyarakat lain di Malaysia khususnya kepada masyarakat Melayu sendiri sebagai
entiti yang terbesar dan bertaraf peribumi di Malaysia. Kedudukan masyarakat
Melayu yang dianggap nuklius didalam sistem sosial di Malaysia juga merupakan
kepentingan yang perlu diambil berat sesuai dengan kedudukan istimewanya yang
dijamin Perlembagaan.
Sebab kedua pula ialah kedudukan Raja-Raja, Yang Dipertua
Negeri dan Yang Dipertuan Agong juga merupakan aspek yang penting untuk
menjadikan adat Melayu sebagai pemangkin identiti nasional. Raja-Raja dan Yang
Dipertuan Agong merupakan tuan kepada negeri-negeri dan negara Malaysia
sendiri. Mereka juga merupakan orang Melayu. Kedudukan mereka yang menjadi
lambang perpaduan negara ini menyebabkan adat istiadat mereka iaitu adat
istiadat Melayu diterima sebagai suatu unsur teras dalam melaksanakan identiti
Malaysia secara bersama. Justeru untuk memastikan Institusi Raja-Raja Melayu
terus dilindungi dan dihormati, maka dalam usaha untuk membentuk identiti dan
peribadi kebangsaan, adat Melayu tidak boleh dikesampingkan.
(ii) Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar boleh diterima
Kebudayaan sebagai sesuatu
yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian
secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang
kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India
Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan
penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam
penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan
Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentlngan nasional serta
asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama
rasmi negara khasnya.
( Sumber :
http://pmr.penerangan.gov.my
)
Siapa yang tidak tahu pada suatu masa dahulu tanah melayu ini dipelopori
oleh orang melayu semata-mata dan orang melayu ketika itu begitu gah dan
besarkuasaanya sewaktu Kerajaan Melayu Melaka berdiri dengan gagah dimata dunia
sehingga semua negara luar begitu tunduk dan hormat dengan Kerajaan Melayu
Melaka. Suatu masa ketika itu Melaka telah menjadi pusat perlabuhan yang
terkemuka di dunia dan banyak pedagang-pedagang yang berlabuh di negeri melaka
antara pedagan-pedagan yang berlabuh dinegeri melaka adalah seperti
Cina,India,Arab,dan sebagainya, tetapi mereka bukan sahaja berlabuh untuk
berdagang semata-mata tetapi mereka juga turut menyebarkan budaya dan agama
mereka, contoh untuk menguatkan kenyataan ini ialah budaya hindhu yang dibawa
dan disebarkan di tanah melayu, antara
pengaruh dan budaya Hindu yang dapat dilihat adalah persembahan wayang kulit
yang menceritakan tentang epik Ramayana dan Mahabrata yang memuja dewa Hindu
dalam upacara membuka dan menutup panggung dan penggunaan alat-alat muzik
seperti gendang dan serunai. Kita lihat pula dari sudut muzik budaya
dibawa oleh india, dalam perkara ini kita melihat pengaruh alat muzik mereka,
antara alat-alat muzik yang mendapat pengaruh daripada India adalah seperti
tabla yang digunakan dalam permainan Ghazal dikatakan berasal dari India,
begitu juga dengan gendang melayu yang juga berasal dari India dan mempunyai
persamaan bentuk seperti gendang Mridanga. Bagi pengaruh China sewaktu mereka
berlabuh di Melaka,mereka telah menyebarkan agama budha mereka, bukan itu
sahaja mereka telah membawa unsure-unsur budaya mereka pada ketika itu,unsure
yang diperkata tadi ialah seperti alat-alat muzik yang dipercayai berasal dari
China adalah alat muzik gong. Seni persembahan dapat dilihat dalam persembahan
tarian naga dan tarian singa.
Bagi
pengaruh budaya arab dan pengaruh islam kita dapat lihat disni dimana, pengaruh
Islam dapat dilihat semenjak kurun ke-13 lagi di mana pedagang Arab dan India
telah berdagang dengan kerajaan Seriwijaya. Turut berlaku pada masa itu, Perlak
dan Pasai di Sumatera Utara telah memeluk agama Islam. Hal ini yang menyebabkan
agama Islam telah dibawa ke Melaka dan menjadi kukuh apabila Parameswara iaitu
seorang Raja Melaka telah berkahwin dengan Puteri Sultan Pasai dan telah
memeluk agam Islam. Nama Parameswara telah ditukarkan kepada Megat Iskandar
Syah pada. Dengan titik permulaan Melaka sebagai kawasan permulaan bagi Islam
di Kepulauan Melayu, agama Islam ini telah tersebar ke kawasan-kawasan yang
lain di Semenanjung dan dalam jangka masa 50 tahun, Melaka telah dikenali
sebagai pusat agama Islam di rantau tersebut. Islam sememangnya merupakan agama
yang mempunyai sifat toleransi dan juga terdedah dengan seni persembahan Hindu
di kepulauan Melayu ini, maka agama Islam telah menerima unsur-unsur ini.
Semasa Islam bertapak di rantau ini, kegiatan keseniannya adalah berasaskan
unsur Hindu-Animisme.Ini dapat dilihat dalam upacara jampi serapah yang
dilakukan sebelum persembuhan dimulakan.Kedatangan Islam telah menyerapkan
cerita dan lagenda Islam ke dalam repertoire persembahan. Unsur-unsur yang
disifatkan bertentangan dengan nilai-nilai agama Islam telah mula terhakis dan
segala jampi serapah telah digantikan dengan doa-doa pendek. Islam juga telah
menerapkan unsur-unsur Islam ke dalam persembahan. Ini dapat dilihat di dalam
persembahan hadrah, rodat dan dikir rebana di mana kesemuanya menggunakan
nyanyian berkumpulan yang diiringi dengan beberapa buah gendang rebana dan
sebiji gong. Selain itu, kejayaan Islam juga adalah dengan memperkenalkan
tarian zapin dan beberapa bentuk nyanyian keagamaan yang memuji Allah, Nabi dan
para sahabatnya.
Sayangnya disini kerajaan melayu
Melaka tidak dapat bertahan lama dan akhirnya Kerajaan Melayu Melaka atau Tanah
Melayu telah dijajah oleh Portugis,Belanda,Inggris Dan Jepun. Penjajah barat
seperti Belanda,Inggeris dan Portogis mereka menjajah Negara ini bukan hanya
mengambil hasil bumi dan merampas kuasa malah mereka turut menyebarkan budaya
mereka. Budaya yang mereka memperkenalkan termasuklah tarian dan muzik. Orang portugis membawa
masuk biola dan gitar sementara orang British mempopularkan alat-alat muzik
barat yang lain seperti piano, trompet, seksafon dan sebagainya. Bukan itu
sahaja bahkan mereka juga membawa budaya pemakaian mereka seperti berkemeja,
bertai dan bolt, serta memakai jaket kesemua ini telah menjadi ikutan sehingga
ke hari ini.
Setelah melihat retetan sejarah
yang telah terbina, maka tanah melayu telah mengalami dan menerima pelbagai
budaya luar dan tidak boleh kita nafikan disini bahawa budaya melayu yang
diamalkan pada masa kini kita ada mengambil budaya dari luar seperti budaya
arab iaitu adat-adat dan budaya Melayu yang bercirikan Islam merangkumi adat
ketika seseorang dilahirkan, seseorang meningkat remaja, dewasa, adat dalam
kehidupan sehari-hari dan adat ketika seseorang itu meninggal dunia. Adat-adat
yang diamalkan ini sebenarnya merupakan apa yang disebut sebagai perkara sunat
didalam ajaran Islam. Sebagai petunjuk kepada pengaruh Islam didalam adat dan
budaya Melayu ialah adat ketika seseorang itu baru dilahirkan. Antaranya ialah
adat bercukur, melaungkan azan dan iqamat ke telinga bayi dan adat membelah
mulut. Bercukur ialah perbuatan mencukur rambut asal bayi sehingga botak, ianya
biasa diadakan pada hari-hari ganjil seperti hari ketiga, ketujuh, kesembilan
dan seterusnya. Bercukur bertujuan membuang rambut asal bayi yang dianggap
kotor dan tidak akan tumbuh dengan baik. Ia sesuai dengan ajaran Islam yang
mementingkan aspek kebersihan dan kesihatan.
Apabila begitu banyak budaya
yang timbul dan wujud dinegara ini ia dilihat kesesuaian penerimaan dalam
penyerapan ini adalah bergantung kepada kerelevenannya yang pasti tidak boleh
bercanggah dengan Perlembagaan, prinsip-prinsip Rukun Negara, kepentingan
nasional, asas-asas moral serta kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam
sebagai agama rasmi negara khasnya.
Dalam penerimaan teras kedua ini, kita melihat berlaku tolak ansur
sesama kaum di Malaysia dalam soal pembentukkan keperibadian dan identiti
kebangsaan. Bukan sahaja identiti Melayu diangkat sebagai identiti kebangsaan,
tetapi juga identiti kaum-kaum lain di Malaysia. Ia juga diterima kerana terdapat
unsur-unsur adat yang sama dan seiring dengan adat teras iaitu adat dan
kebudayaan Melayu, hal ini juga tidak boleh dijadikan isu samada identiti
kebangsaan itu orientasinya adalah daripada warisan adat kaum yang mana. Ini
kerana pembentukkan identiti dan keperibadian kebangsaan itu bukanlah bertujuan
untuk mempromosikan adat masing-masing untuk digunakan oleh semua rakyat
Malaysia, sebaliknya ia jelas berperanan untuk menyeragamkan identiti
masyarakat yang pelbagai untuk dijadikan identiti Malaysia yang satu. Namun
identiti bangsa juga masih boleh dikekalkan dan dipelihara kelangsunganya.
Didalam prinsip ini kita juga seharusnya melihat kepentingan untuk
menerima mana-mana unsur adat dan budaya luar untuk dijadikan adat dan budaya
kebangsaan. Walaupun telah dipersetujui bahawa adat Melayu merupakan adat teras
yang dijadikan ikutan setiap rakyat Malaysia, namun ketetapan itu tidak
bermaksud hanya itu sahaja adat yang akan diterima kearah pembentukan identiti
yang seragam dalam masyarakat Malaysia. Adat dan budaya kaum lain yang sesuai
juga dapat dipraktikkan asalkan ianya tidak bertentangan dengan semangat
Perlembagaan dan Rukun Negara. Ini bagi memastikan tiada suara-suara yang
mempertikaikan tindakan kerajaan yang menggariskan unsur-unsur penting kearah
membentuk budaya kebangsaan. Pendek kata, penerimaan unsur-unsur asing ini
ialah supaya keharmonian kaum di Malaysia akan terus berlangsung dengan
jayanya.
Unsur-unsur adat dan budaya luar juga penting untuk dijadikan adat dan
budaya kebangsaan kerana bagi menghasilkan budaya kebangsaan yang tidak terlalu
stereotaip dengan adat dan budaya Melayu, adat lain juga perlu disenaraikan.
Budaya kebangsaan diwujudkan untuk menunjukkan peribadi dan identiti masyarakat
Malaysia yang pelbagai, bukan hanya untuk melambangkan budaya dan adat Melayu
semata-mata. Dengan adanya unsur-unsur yang diluar daripada adat dan budaya
Melayu yang sesuai, maka akan terhasil suatu modul identiti masyarakat yang
pelbagai corak dan warna kebudayaan di negara ini.
(iii) Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
Agama atau kepercayaan kepada
Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan
rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam memberi panduan kepada
manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak
emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam
pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi
negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang
telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini. Ketiga-tiga
prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan
Kebangsaan 1971.
( Sumber :
http://pmr.penerangan.gov.my
)
Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan satu unsur yang penting
penting didalam proses pembangunan dan perpaduan negara. Kenyataan ini dibuat
adalah kerana agama juga amat perlu bagi merealisasikan pembentukan rakyat yang
berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam memberi panduan kepada manusia
dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan
fizikal. Kerana itu ia patut dijadikan unsur yang penting dalam pembentukan
identiti kebangsaan. Ini juga memandangkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi
negara. Di samping itu, telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang
telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini sejak dahulu lagi. Unsur Islam
yang dijadikan teras kebudayaan kebangsaan juga penting bagi menjamin
kedudukannya yang merupakan agama rasmi Malaysia. Islam tidak boleh dan tidak
dapat disamakan dengan agama-agama lain kerana ia merupakan agama yang sebenar.
Maka dalam usaha menerapkan identiti kebangsaan, Islam tidak boleh diketepikan
atau dipandang remeh. Selain kedudukan Islam sebagai agama rasmi, ia juga
penting kerana Islam merupakan tunjang kepada kehidupan masyarakat Melayu iaitu
masyarakat peribumi dan majoriti di Malaysia. Walaupun identiti dan peribadi
kebangsaan adalah berteraskan Islam, namun agama-agama lain bebas untuk
dilaksanakan dengan syarat amalan agama-agama lain tidak akan menggugat
kedudukan agama Islam sebagai agama utama di Malaysia.[6]
4.0 Cabaran
Terdapat
3 cabaran yang dapat kita kupas iaitu perbezaan kepentingan antara kaum,
perbezaan nilai antara kaum dan akhir sekali cabaran globalisasi. Cabaran yang
dapat kita lihat didalam budaya di Malaysia ialah cabaran dalam aspek sosial dimana perbezaan kepentingan antara kaum
dimana masih lagi dipertikaikan. Ramai pihak yang menuntut kepentingan dibahagi
sama rata untuk semua kaum di Malaysia contoh seperti penempatan kaum lain
untuk belajar di UiTM seperti yang sedia maklum, pusat pengajian UiTM adalah
satu-satunya pusat pengajian bertaraf antarabangsa untuk kaum Melayu. Selain
itu, cabaran untuk manangani etnosentrisme juga amat kritikal oleh kerana
berlakunya pengasingan penempatan antara kaum-kaum. Cabaran dalam aspek ekonomi
dan politik berlaku apabila wujudnya jurang pendapatan didalam aspek ekonomi
dan juga penyelewengan kuasa antara kaum dalam aspek politik.
Cabaran
yang kedua adalah cabaran perbezaan
nilai antara kaum dimana kaum masing-masing hanya mementingkan kaum
masing-masing dalam apa jua keadaan tanpa sebarang tolenrasi antara satu sama
lain. Contoh yang dapat kita lihat dimana, didalam sesebuah syarikat ataupun
dalam satu oranisasi, terdapat kroni-kroni antara pekerja seperti memberi
peluang pekerjaan kepada sanak saudara yang tidak dapat mendatangkan sebarang
faedah jika kemampuan tidak setanding dengan pekerjaan yang sepatutnya
diberikan kepada orang yang lebih berkelayakan.
Cabaran
yang terakhir pula adalah cabaran
globalisasi dimana cabaran ini memerlukan semua pihak untuk memainkan
peranan masing-masing demi mengharungi cabaran yang melanda. Kepesatan
teknologi bercorakkan kehidupan budaya barat mudah memasuki pemikiran
masyarakat kita gekali gus dapat mengugat keharmonian yang telah dicapai oleh
Malaysia. Sehubungan itu, keutuhan ukhwah masyarakat di Malaysia harus dipertingkatkan
demi membolehkan budaya kita jalan seiring dengan budaya barat tanpa
menjejaskan kredibiliti budaya ketimuran dan ditelan oleh budaya barat.
5.0 Kesan Dasar Kebudayaan
kebangsaan dan Terhadap Pembangunan
Insan
Dasar
Kebudayaan Kebangsaan telah diwujudkan semasa pemerintahan Tun Abdul Razak yang disebabkan oleh krisis perkauman
yang berlaku pada 13 Mei 1969. Rentetan dari peristiwa ini, ahli politik mula
berfikir bahawa budaya memainkan peranan yang
penting dalam mewujudkan perpaduan antara kaum. Antara tujuannya adalah
untuk menyatu padukan semua kaum melalui
budaya kaum yang berbeza-beza. Namun begitu,
dasar ini akan membawa masalah pada masa hadapan kerana perkauman akan
terus berlaku disebabkan kebudayaan.
Memahami kebudayaan kaum lain penting untuk
mewujudkan perpaduan diantara rakyat. Selain itu, ia akan menyebabkan
mereka saling menghargai dan menghormati
budaya kaum lain. Seni bukan sahaja hiburan malah ia boleh digunakan untuk
menyampaikan mesej-mesej seperti perpaduan dan kerjasama. Secara amnya, prinsip
Dasar Kebudayaan Kebangsaan berdasarkan kebudayaan rakyat, Islam dijadikan
unsur utama dan kebudayaan lain yang tidak bercanggah dengan kebudayaan rakyat dan Islam boleh digunapakai
dan dimasukkan. Perbincangan yang dipersetujui
bahawa Dasar Kebudayaan Kebangsaan sudah tidak relevan pada masa sekarang kerana wujudnya masalah kaum kesan
daripada dasar tersebut.
5.1 Kesan Terhadap Individu
I.
Memupuk
sikap kepimpinan
Melalui
kepelbagaian aktiviti kebudayaan yang diwujudkan oleh kerajaan. Setiap individu yang melibatkan diri di dalam
aktiviti kebudayaan dapat melatih serta
mewujudkan sikap kepimpinan yang ada di dalam diri masing- masing.
Individu ini akan dapat mempelajari asas kepimpinan melalui aktiviti kebudayaan
yang dijalankan. Contonhya, dikir barat
merupakan aktiviti berkumpulan yang memerlukan kerjasama yang bagus dari setiap
ahlinya. Ini dapat melatih individu yang memimpin kumpulan manusia tersebut
bagaimana ingin mendapatkan maklum balas yang positif daripada mereka.
II.
Mewujudkan
sikap lebih menghargai
Dasar kebudayaan yang diwujudkan oleh kerajaan ini akan
mewujudkan sikap lebih menghargai kebudayaan dalam diri setiap individu
terhadap nilai kebudayaan yang diwarisi oleh masyarakat kita. Contohya,
masyarakat melayu, cina, dan india khususnya merupakan kaum majoriti di
Malaysia mempunyai warisan kebudayaan yang tinggi nilainya yang diwarisi
turun-temurun sejak dari zaman dahulu kala yang memerlukan pemuliharaan dan
pemeliharaan secara berterusan oleh
generasi kini. Oleh hal demikian, gagasan 1Malaysia
telah diwujudkan bagi mengeratkan lagi
tali sillaturrahim antara kaum di Negara ini. Hal ini juga akan mewujudkan
perasaan saling memahami antara satu sama lain
seterusnya akan membawa kemakmuran kepada Negara.
III.
Mewujudkan
individu berkeyakinan tinggi
Kepelbagaian aktiviti kebudayaan yang dijalankan dapat
mewujudkan tahap keyakinan yang tinggi dari dalam individu yang melibatkan
sendiri daripada pasif kepada seorang yang aktif dalam berhadapan dengan orang
ramai. Sebelum
ini individu tersebut tidak berani bergaul atau berhadapan dengan orang ramai,
tidak berani untuk menjalankan kerja sukarelawan untuk rakyat. Tetapi dengan
adanya dasar kebudayaan kebangsaan ini individu tersebut dapat membina
keyakinan yang lebih tinggi Contonhya,
dalam aktiviti berpuisi, bersyair dan berpantun keyakinan yang tinggi dapat
ditanamkan di dalam diri individu yang bertanding.
5.2 Kesan Kepada Masyarakat
I.
Mewujudkan
suasana yang harmoni dalam kalangan masyarakat
Suasana
yang harmoni dapat diwujudkan melalui aktiviti kebudayaan yang dijalankan di
dalam sesuatu komuniti dan penempatan masyarakat. Suasana harmoni dan gembira
dapat diwujudkan apabila sesuatu aktiviti kebudayaan dijalankan. Ini kerana
masyarakat di sesuatu tempat itu dapat berkumpul bersama melakukan aktiviti
riadah dan juga beramah mesra bersama jiran tetangga yang tinggal di sekeliling
mereka. Contohnya, program sejuta belia yang dijalankan oleh kerajaan yang
dijalankan oleh kerajaan di Putrajaya dapat mewujudkan suasana yang harmoni
kerana pelbagai aktiviti kekeluargaan disediakan di situ yang mengambil kira
citarasa kepelbagaian kaum, peringkat umur dan jantina.
II.
Mengerat
ikatan persaudaraan dan Ukhwah antara kaum
Masyarakat yang terdiri daripada kepelbagaian
kaum dapat bersama dalam menjalankan dan memeriahkan aktiviti kebudayaan
ditempat mereka. Ini dapat menggalakan pergaulan yang sihat dan bergaul tanpa
sebarang rasa sangsi diantara mereka. Lebih-lebih lagi dalam suasana yang
tegang dengan pelbagai krisis kaum yang
sedang berlaku sekarang . Keberkesanan dasar kebudayaan diperlukan untuk
membantu dalam merapatkan jurang di antara kaum minoriti dan juga majoriti di
Malaysia. Contohnya, Sambutan Hari Kemerdekaan yang disambut setiap tahun di
Malaysia menyediakan program yang melibatkan kepelbagaian kaum bagi menarik
minat kaum- kaum lain bersama menyambut Hari Kemerdekaan bersama. Ini kerana,
sambutan yang diadakan memenuhi citarasa yang dikehendaki oleh masyarakat
Malaysia yang pelbagai.
III.
Mewujudkan
perasaan anti-perkauman
Aktiviti
yang dijalankan secara setempat dapat mengelakkan rasa sangsi di antara
masyarakat yang mempunyai kepelbagaian kaum. Pentingnya dasar kebudayaan agar
dapat memberikan ruang dan manfaat yang membawa kepada kebaikan di dalam
sesuatu komuniti dan masyarakat tersebut. Ini kerana, setiap kaum dapat
menjalankan aktiviti kebudayaan yang sederhana bagi melengkapi fitrah kehidupan
mereka. Contohnya, masyarakat dan kaum yang lain perlulah, mempunyai
persefahaman yang baik agar dapat menjalankan aktiviti kebudayaan yang tidak
mempunyai unsur kebudayaan yang ekstrem agar dapat memperkenalkan budaya
masyarakat mereka.Kesan Kepada Ekonomi
IV.
Menyumbang
kepada sumber pendapatan Negara
Dasar kebudayaan yang diwujudkan ini juga telah banyak
menyumbang kepada sumber pendapatan negara secara amnya.Pelbagai pihak dan
individu yang mempunyai kreativiti dan berbakatdapat meningkatkan persaingan
yang baik menghasilkan sesuatu hasil karya hasil daripada dasar kebudayaan yang
diwujudkan oleh kerajaan itu. Kuasa beli di dalam industri kreatif dan artistik
juga dapat ditingkatkan sekali gus menyumbang kepada ekonomi negara.Contohnya,
ini dapat dilihat melalui wyjudnya kawasan tertentu yang sinonim dengan kaum
tertentu seperti Jalan Petaling merupakan kawasan kebudayaan kaum cina,
Brikfields kawasan kebudayaan kaum india dan juga Jalan Tuanku Abdul Rahman
kawasan kebudayaan kaum melayu.
V.
Meningkatkan
daya saing dalam industri kebudayaan.
Dasar
kebudayaan kaum yang diwujudkan juga dapat meningkatkan daya saing yang positif
dikalangan masyarakat majmuk yang terdapat di Malaysia. Setiap kaum di Malaysia
dapat menunjukkan seni kebudayaan yang menjadi kebanggan dan entiti setiap kaum
kaum di Malaysia dengan mempunyai nilai komersial yang tinggi. Ini sekali gus
kita dapat menyerlahkan nilai kebudayaan dan juga, meningkatkan kebolehan
pasaran dalam seni kebudayaan yang dimiliki sekali gus, dapat menjana ekonomi
secara lebih bijak dan realistik.
VI.
Meningkatkan
khazanah kebudayaan yang dimiliki Negara
Dengan galakkan yang diberikan oleh kerajaan kepada
setiap kaum di Malaysia dapat mengekspresikan kebudayaan mereka dengan lebih
tertib tanpa perlu menyelitkan unsur emosi yang keterlaluan bagi mengekalkan
unsur keindahan seni kebudayaan itu sekali gus dapat menarik minat pelancong dan
juga menjadi produk perlancongan yang dibanggakan oleh Malaysia kepada negara
lain. Malaysia
bertuah dengan kepelbagian budaya yang dimiliki oleh kaum majoroti dan minoriti
yang mempunyai nilai kebudayaan yang unik dan ini dapat menonjolkan produk
Malaysia lain dari seperti kebiasaanya.
5.3 Kesan Kepada Politik
I.
Menyekat
kebebasan berkarya.
Antara tujuan dasar kebudayaan diwujudkan ialah bagi
menghalang kebebasan berkarya dan juga amalan kebudayaan yang dapat menjadi
ancaman kepada keselamatan negara dan boleh menimbulkan perselisihan antara
agama dan kaum di Malaysia. Ini amat penting bagi mengekalkan
keharmonian secara bijak tanpa menyekat kemahuan masyarakat secara maksima.
Masyarakat di Malaysia perlulah bijak dalam mengawal sentimen dan hendaklah
bertolak ansur dalam menjalankan kehidupan yang harmoni dan bersatu padu tanpa
menyentuh sensitiviti kaum lain. Oleh hal demikian, adalah tidak menjadi
kesalahan bagi seseorang itu berkarya di Malaysia tetapi haruslah mengambil
kira sensitiviti kaum lain.
II.
Akta-
akta tertentu diwujudkan.
Berikutan daripada dasar kebudayaan yang dilakukan
kerajaan telah mewujudkan beberapa akta yang dapat membantu pihak kerajaan
dalam menjamin kelancaran dasar yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Antara akta
yang diwujudkan ialah, Akta Akademi Seni Kebudayaan dan Warisan Kebudayaan
Kebangsaan 2006(akta 653), Akta Warisan Kebangsaan 2005(akta 645), Akta Arkib
Negara 2003(akta 629), Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986(akta 331), Akta
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981(akta 224), Akta perbadanan
Kemajuan Kraftangan Malaysia1979(akta 222), Akta Perpustakaan Negara 1972(akta
80) dan Akta Balai Seni Lukis Negara 1959(akta 516).
III.
Menjadi
medium penyampaian.
Selain
itu juga, kesan dasar kebudayaan juga telah mambatu pihak kerajaan dalam
menjadi medium propaganda bagi menyampaikan ideologi mereka secara lebih
efektif dan sistematik. Medium kebudayaan menjadi suatu yang mampu menyerap
perhatian rakyat untuk mendengar hasrat yang ingin yang disampaikan oleh pihak
kerajaan tanpa perlu dipaksa dan meggunakan cara yang kurang popular. Ini dapat
menggalakkan komunikasi yang baik di antara pemimpin dan rakyat. Di samping
itu, hal ini akan mewujudkan sikap prasangka yang baik antara rakyat dan
kerajaan seterusnya kerajaan dapat melaksanakan pembangunan yang dirancang demi
rakyat. Contohnya, Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan olehYAB Dato Sri Mohd
Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan
suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-prinsip rukunnnegara.
Kesimpulan
Masyarakat Malaysia sudah
mempunyai adat dan budaya yang tersendiri, tetapi kenapa kerajaan masih mahu
mewujudkan suatu adat dan budaya baru bagi mencerminkan identiti dan
keperibadian Malaysia yang seragam? Adakah dengan budaya dan adat kaum-kaum
yang sedia ada di Malaysia tidak cukup untuk mencerminkan identiti negara? Bagi
mewujudkan identiti yang seragam, ia mestilah seiring dengan kesanggupan
pelbagai kaum untuk hidup bersama di Malaysia, dan kita tidak perlu menyatakan
bahawa ia perlu dilakukan, penyeragaman identiti dan keperibadian kebangsaan
ini perlu dilakukan. Antara kepentingan masyarakat Malaysia disatukan melalui
adat dan budaya kebangsaan ialah untuk melahirkan satu cara hidup masyarakat
Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa, agama, budaya dan bahasa pertuturan
tetapi dapat hidup dalam ikatan ukhwah yang begitu kukuh, berganding bahu,
bertimbang rasa dan penuh dengan sikap toleransi antara satu sama lain.
Penyeragaman identiti dan keperibadian berbagai-bagai etnik adalah perlu untuk
rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan aman daripada persengketaan serta
kucar-kacir,maksudnya disini identiti dan keperibadian yang seragam ini akan
membolehkan perpaduan nasional berlangsung dengan lebih utuh lagi.
Identiti dan kepribadian
kebangsaan juga penting untuk menghindarkan masyarakat dari melakukan
perkara-perkara yang menyalahi norma-norma dan garis panduan dalam kehidupan
bermasyarakat. Budaya kebangsaan ini penting ke arah melahirkan satu negara
bangsa Malaysia yang maju dan bersatu padu tanpa ada unsur-unsur negatif dalam
kehidupan seharian sesama sendiri. Tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan
India yang mengamalkan kebudayaan, adat resarn, agama dan bahasa masing-masing
diharap akan dapat bersatu melalui usaha bersama yang murni ini.
Kebudayaan dan adat ahli
masyarakat Malaysia walaupun berbeza, namun mempunyai asas yang sama iaitu
membentuk keperibadian dan jati diri individu ke arah yang lebih baik. Melalui
usaha membentuk identiti dan keperibadian kebangsaan, ia membolehkan masyarakat
negara kita berinteraksi dengan lebih baik di antara satu sama dalam
melaksanakan matlamat yang sama iaitu untuk membentuk masyarakat Malaysia yang
bepegang teguh dengan ajaran agama masing-masing dan mementingkan nilai-nilai
murni yang diajar didalarn agama mereka. Interaksi antara kaum ini penting
untuk menghindari masyarakat daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak
sihat dan menyalahi norma-norma kehidupan. Interaksi antara kaum yang baik juga
adalah merupakan satu jalan kearah perpaduan nasional dan mencetuskan
masyarakat yang harmonis dan bersatu padu. Budaya yang seragam bagi rakyat
Malaysia juga penting bagi memastikan perancangan dan tindakan kerajaan untuk
menerap serta menanam nilai-nilai murni ke dalam akal fikiran, hati budi serta
perilaku masyarakat Malaysia di pelbagai lapisan masyarakat dapat
direalisasikan. Amalan budi bahasa dan nilai-nilai murni yang merupakan perkara
penting dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan seharusnya ditegaskan sebagai
sebahagian dari proses pembangunan identiti untuk mencapai tahap keutuhan
peribadi dan perilaku yang mulia dan berbudi bahasa. Maka identiti dan
keperibadian kebangsaan ini diharap akan meneguhkan kembali kekuatan peribadi
dan jati diri masyarakat. Berbagai usaha telah dijalankan bagi mencapai
matlamat untuk mewujudkan identiti dan keperibadian kebangsaan. Secara umumnya
pencapaian matlamat dan objektif hasrat ini telah menunjukkan kejayaan yang
boleh dibanggakan. Perlu diingat bahawa didalam pembentukan dan pewujudan satu
kebudayaan kebangsaan, proses penyerapan dan penerimaannya akan mengambil masa
yang lama dan mungkin melangkaui satu generasi ke satu generasi yang lain.
Penggubalan dan pelaksanaan
dasar ini, meskipun masih lagi baru usianya namun pembentukan identiti nasional
dan perpaduan kaum dan nilai murni Islam telah pun dilaksanakan. Adalah
didapati bahawa pencapaian ke arah ini telahpun jelas kelihatan semenjak ia
mula diterapkan. Identiti kewarganegaraan dan adat Malaysia pada hari ini boleh
didapati didalam perayaan-perayaan antarabangsa dan juga di dalam kegiatan seni
sukan dan perayaan pelbagai kaum di Malaysia sama ada secara rasmi atau tidak
rasmi. Secara ringkas bolehlah dikatakan aspek adat yang menjadi teras identiti
dan keperibadian negara Malaysia telah dapat diterima dan diikuti secara
beransur-ansur oleh setiap golongan rakyat Malaysia. Namun demikian
pelaksanaannya pasti rumit dan tidak akan dapat dicapai dalam masa yang
singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu mencapai hasrat
dan cita-cita pelaksanaan ini kerana dengan keinsafan itu sahaja adat yang
membentuk identiti dan keperibadian kebangsaan akan dapat dibezakan dengan adat
yang bersifat kesukuan atau perkauman. Identiti dan keperibadian yang dipupuk
itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum
dan akan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai
sebuah negara yang merdeka dan bermaruah
[1] Objektif Pengubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan; Sumber : http://pmr.penerangan.gov.my
, Intergrasi Modul Hubungan Etnik , mukasurat 15
[4]
Rancangan Malaysia Ke 9
No comments:
Post a Comment