TRAVELOG HELLO VIETNAM - PART
I -
Alhamdulillah
pada 11 hingga 14 April 2014 aku bersama adik beradiku, Majlis Perwakilan
Pelajar, UiTM Shah Alam Sesi 2012/2013 telah membuat satu lawatan dan misi
kemanusiaan di Hon Chi Minh, Vietnam. Projek ini telah melibatkan seramai 45
Orang MPP UiTM…dan dua orang pegawai pengiring iaitu En Hakim dan Dr Bahrain…nama
projek ini ialah YOUTH HEADING FORWARD…dan disini adalah sedikit mengenai
informasi projek tersebut…
PENGENALAN PROJEK
Gelaran Mahasiswa itu bukan sahaja terletak kepada
pencapaian akademik pelajar itu semata – mata. Malahan ianya juga bergantung
kepada aktiviti bukan akademik yang berlaku di luar bilik kuliah yang juga
dikenali juga sebagai “pendidikan luar kuliah”. Pembelajaran ini merangkupi
pengalaman, pengamatan, perbandingan dan penghayatan mahasiswa tersebut ke atas
sesuata pekara yang dilakukannya. Maka atas dasar inilah, Majlis Perwakilan
Pelajar (MPP) UiTM sesi 2012/2013 berhasrat untuk menganjurkan program yang dinamakan
“Youth Heading Forward”. Program ini akan direalisasikan di Vietnam dan ianya
melibatkan beberapa universiti di Ho Chi Minh dan UiTM. Program ini dilihat
sebagai saluran alternative yang elektif untuk menyatukan ciri – ciri akademik
serta inovasi dalam usaha menambahkan ilmu, pendedahan dan kematangan seseorang
mahasiswa dan juga belia selaku agen pengubah untuk generasi masa hadapan.
Pelaksanaan
program bersifat antarabangsa seperti ini adalah penting dalam usaha kerajaan
untuk membentuk sekaligus melahirkan bakal – bakal graduan yang kebolehpasaran
dari aspek pengetahuan yang luas, dinamik serta berkarisma dalam mengendalikan
sebuah program yang besar serta berisiko tinggi. Usaha ini pada akhirnya
diharapkan dapat member manfaat kepada pembangunan dan menjamin kecermerlangan
negara yang berterusan pada masa hadapan.
Di
samping itu, mahasiswa yang terlibat didalam program ini juga berpeluang untuk
berinteraksi bukan sahaja dengan kepelbagaian warna masyarakat di Australia,
malahan pada masa yang sama dapat membina satu ikatan persahabatan yang kukuh
antara para peserta yang terlibat. Ini secara tidak langsung menaikkan nama
Universiti Teknologi MARA di mata dunia. Terutama dalam menonjolkan
kecermelangan para graduannya yang versatile dan mantap, lantaran delegasi ini
akan bertindak sebagai duta – duta kecil kepada negara yang dicintai, Malaysia.
Mahasiswa
juga sebagai belia yang akan mencorakkan kepimpinan negara pada masa hadapan.
Oleh itu, dengan pendedahan yang luas ini diharapkan dapat memberikan impak
yang mendalam terhadap belia iaitu mahasiswa itu sendiri dalam meningkatkan
kemahiran diri sekaligus dapat membangunkan belia di negara ini
JUSTIFIKASI
PROJEK
1.Menggambarkan imej Universiti Teknologi MARA yang mampu
dan berprestij dalam melahirkan mahasiswa yang berkualiti
2.Membina jati diri yang mantap dan mendedahkan mahasiswa
tentang potensi sebenar diri mereka dalam menghadapi cabaran era globalisasi.
3.Meningkatkan karisma dan bakat kepimpinan mahasiswa
dalam mengendalikan program – program yang memerlukan komitmen dan kemahiran
yang tinggi dari segi komunikasi, perancangan dan kebijaksanaan berfikir atau
lebih dikenali sebagai “street smart”.
4.Menjalinkan hubungan persahabatan dan menyemai prinsip
bersatu hati antara mahasiswa UiTM itu sendiri dan seterusnya membina jaringan
(networking) yang kukuh dan erat antara satu sama lain.
5.Memperkenalkan negara Malaysia di jendela dunia dengan
penglibatan dalam program pengantarabangsaan dan kaloborasi bersama negara
luar.
OBJEKTIF
PROGRAM
1.Menggengam hasrat 1Malaysia dalam merealisasikan impian
negara untuk meningkatkan kemahiran dan inovasi dalam diri mahasiswa dan belia.
(PO3: Nilai, Sikap, dan Tanggungjawab)
2.Mewujudkan satu kajian terperinci berhubung kemajuan
dan sikap belia dan masyarakat asia tenggara amnya di Vietnam melalui
kajiselidik pelajar dan penduduk di Vietnam
(PO4: Nilai, Sikap dan Profesionalisme)
3.Menggerakkan minda dan idea pelajar universiti di
Malaysia supaya menjadi agen pengubah dalam bidang masing – masing untuk memajukan
negara.
(PO1: Ilmu Dalam Bidang Diceburi)
4.Mewujudkan suasana persahabatan yang rapat sebagai asas
untuk para peserta bertukar – tukar pendapat tentang sesuatu pekara yang lebih
kritikal, terbuka dan positif
(PO6: Menyelesai Masalah, Pemikiran Kritis)
5.Mewujudkan penghayatan hakikat budaya ilmu yang sebenar
melalui proses pengalaman, pengamatan, perbincangan dan perbandingan.
(PO1: Ilmu dalam Bidang Diceburi)
6.Membentuk minda yang positif tentang corak kehidupan di
negara membangun dan menyiapkan diri untuk menghadapinya
(PO12: Glokal)
7.Memberikan pendedahan dan persefahaman tentang
kebudayaan dan disiplin melalui program yang diatur seperti berinteraksi, seminar
kebudayaan dan perjumpaan.
(PO12: Glokal)
8.Menjalinkan perhubungan antara pelajar Universiti
Teknologi MARA di Malaysia dengan pelajar – pelajar beberapa buah Universiti di Vietnam.
(PO12: Glokal)
MATLAMAT
PROGRAM
1.Berinteraksi bersama mahasiswa daripada universiti yang
dilawati melalui perbincangan, pertukaran pendapat/ maklumat, mengetahui
suasana dan konsep pembelajaran di universiti itu serta memberi pandangan
kepada pelajar di negara ingin membangun seperti Vietnam.
2.Lawatan ke universiti negara tersebut untuk pendedahan
yang lebih jelas berkenaan kemudahan dan peralatan yang digunakan dalam proses
pembelajaran di dalam bilik kuliah mahupun aktiviti di luar bilik kuliah.
3.Pemerhatian dan pengamatan tentang gaya hidup dan budaya
yang terdapat dalam kalangan penduduk Vietnam.
4.Mempromosikan 1 Malaysia kepada masyarakat dunia
khususnya masyarakat Vietnam.
FAEDAH
DAN KEPENTINGAN
1.Memberi pendedahan, pendekatan dan membuat perbandingan
corak pembelajaran yang terdapat di Vietnam khususnya dalam bidang teknologi
dan pendidikan.
2.Memberi peluang kepada mahasiswa untuk bertukar-tukar
pendapat/maklumat dengan mahasiswa di Vietnam yang mengikuti bidang
pembelajaran yang sama.
3.Melihat dan menilai cara serta gaya hidup masyarakat
Vietnam dalam usaha mereka bersaing dan melakukan anjakan paradigma untuk lebih
maju.
4.Memberi gambaran sebenar tentang pembangunan di Vietnam
supaya dapat dibandingkan dengan pembangunan negara Malaysia.
5.Memberi input yang berguna kepada mahasiswa di sana
tentang sistem pembelajaran UiTM dalam mencapai status “World Class
University”.
Sambungan di Part II....tunggu...
No comments:
Post a Comment